no comments

Kanak² Comel Ini Tidak Suka Bermain Seperti Kanak² Lain. Tetapi Aktiviti Yg Dia Lakukan Buat Ramai Orang KAGUM

Nakhon Ratchasima ialah seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang comel dan manja seperti kanak-kanak seusianya. Namun apa yang menarik mengenai kanak-kanak yang berasal dari Thailand ini ialah, dia tidak gemar bermain malah memilih untuk menjadi sukarelawan dengan membantu orang-orang yang tercedera dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Menurut laporan Top-News. Top, ayah Nakhon ialah seorang pemandu van ambulans manakala ibunya pula ialah seorang jururawat. Setelah pulang daripada kerja, ibu bapa Nakhon akan membawanya turut menyertai mereka melakukan kerja-kerja sukarelawan.

kanak-kanak buat kerja sukarelawan, kerja sukarelawan, ajar anak kerja sukarelawan, sukarelawan kanak-kanak

Kata ayah Nakhon: “Ketika anak saya berusia 2 tahun, dia sudah melakukan kerja-kerja sukarelawan bersama kami. Ketika itu, dia mengikuti saya dan isteri mengagihkan makanan kepada mangsa banjir. Sejak saat itulah, dia menjadi suka melakukan perkara-perkara kebaikan dan sehingga kini dia tidak pernah mengadu penat.”

Nakhon sememangnya kanak-kanak yang berjiwa besar. Dia bukan sahaja pernah membantu merawat orang yang cedera malah pernah juga turut serta menguruskan mayat.

Ketika ditanya adakah dia takut dengan mayat, kanak-kanak ini menjawab dengan tenang: “Saya tidak takut dan tidak pernah melihat perkara yang pelik. Saya sudah melihat mayat orang dewasa dan kanak-kanak dan saya sudah terbiasa dengannya. Ayah berpesan tidak perlu takut kerana kita hanya mahu menyelamatkan orang.”

kanak-kanak buat kerja sukarelawan, kerja sukarelawan, ajar anak kerja sukarelawan, sukarelawan kanak-kanak

Setelah hampir 4 tahun mengikuti ibu dan ayahnya melakukan kerja-kerja sukarelawan, Nakhon nampaknya tidak kekok untuk turut sama membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan. Dia juga turut membantu membersihkan kawasan kubur.

kanak-kanak buat kerja sukarelawan, kerja sukarelawan, ajar anak kerja sukarelawan, sukarelawan kanak-kanak

Kata kanak-kanak yang comel ini lagi: “Saya tidak ingat bilakah kali pertama mengikuti ayah dan ibu menjadi sukarelawan. Saya hanya ingat mereka membawa saya dan mengajarkan bagaimana merawat luka dan membiarkan saya turut serta dalam kumpulan sukarelawan dan akhirnya saya sudah terbiasa dengannya. Ramai orang suka kepada saya, ingin bergambar dengan saya, memberikan wang dan juga makanan. Namun, saya memberikan semua itu kepada orang tua dan orang miskin.”

kanak-kanak buat kerja sukarelawan, kerja sukarelawan, ajar anak kerja sukarelawan, sukarelawan kanak-kanak

Sikap yang ditunjukkan oleh Nakhon ini benar-benar mengagumkan terutamanya kepada kita orang yang lebih dewasa. Bayangkan kanak-kanak sekecil itu sudah tahu apa itu tanggungjawab sosial malah dengan rela hati melakukan hal-hal kebajikan yang tidak semua orang dewasa sanggup melakukannya.

Semoga kisah inspirasi daripada kanak-kanak sekecil ini menjadi titik tolak kepada ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak-anak anda melakukan kebaikan dari kecil.

Mulakan dengan mengajar mereka melakukan kerja-kerja rumah semampu mereka, membuat baik kepada orang tua dan kawan-kawan serta rajin menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Comments

comments