no comments

Tiba-Tiba Anak Kena Sawan, Lakukan 9 Langkah Ini Kalau Berlaku Di Rumah

Kalau anak kena sawan, boleh berderau jantung mak ayah yang tengok keadaan anak tetiba kekejangan dan mata ke atas dengan air liur meleleh.

Biasanya sawan ini boleh dialami anak kecil seawal umur 3 bulan hingga 6 tahun tetapi jika mak-mak boleh tahu elakkan daripada terjadi dari awal itu lebih bagus.

Tetapi sekiranya anak kecil anda dah kena sewan, mak ayah kena berjaga-jaga dan ini sedikit perkongsian daripada Dr Ezairy M.Sallih, apa yang mak ayah boleh lakukan bila anak diserang sawan tiba-tiba di rumah…

Anak anda sering mengalami serangan sawan atau ‘tarik’ di rumah? Tiba-tiba sahaja diam, hilang kesedaran, kaki tangan kejang, keras dan tersentak-sentak?serangan sawan pada kanak-kana, anak kena sawan, kanak-kanak kena sawan, serangan sawan pada anak, rawatan sawan pada kanak-kanak, apa perlu buat bila anak kena sawan

Apa perlu ibu bapa lakukan?

Perhatikan 9 langkah ini…

Langkah 1: Bertenang dan jangan panik.

Ini paling penting. Ramai orang takut apabila mereka melihat seseorang mengalami kekejangan atau serangan sawan. Anda perlu membantu anak anda dengan tenang. Tenangkan anak anda dan pesan orang lain di sekeliling bahawa segala-galanya adalah terkawal.

Langkah 2: Mencegah kecederaan.

Jauhkan anak anda dari sumber bahaya. Jika dia berhampiran tangga, dapur panas, jalan yang sibuk, atau bahaya lain, lindungi dia seboleh yang mungkin. Jauhkan objek berdekatan yang tajam atau keras. Cuba letakkan sesuatu yang lembut seperti baju atau selimut yang dilipat di bawah kepalanya.

Semasa serangan sawan itu berlaku, apabila tubuhnya kaku, dia mungkin berhenti bernafas dan menjadi biru. Ini kerana darah lebih banyak dihantar untuk melindungi organ-organ pentingnya, seperti apa yang berlaku ketika anak melompat ke dalam air sejuk. Tempoh ini biasanya ringkas dan selalunya tidak memerlukan CPR. Dia akan mula bernafas sebaik sahaja ototnya berehat. Jangan menahannya atau cuba menghentikan gerakannya.

Langkah 3: Perhatikan tempoh masa serangan sawan atau kekejangan berlaku.

Seboleh-bolehnya, perhatikan masa mula serangan sawan itu berlaku, dan berapa lama ia berlaku. Sekiranya ia berlangsung lebih daripada lima minit, hubungi ambulans atau mana-mana bantuan kecemasan. Perhatikan sifat, kriteria dan panjang serangan sawan supaya anda dapat memberikan laporan yang tepat.

Langkah 4: Pastikan anak anda selesa.

Tanggalkan cermin mata supaya ia tidak pecah. Jika anak anda mempunyai makanan di dalam mulutnya, jangan cuba mengambil makanan itu, kerana ini sebenarnya boleh menyebabkannya tertelan lebih jauh ke dalam.

Cuba iringkan perlahan-lahan tubuhnya ke bahagian sebelahnya atau iringkan kepala ke tepi supaya mana-mana cecair boleh keluar dari mulutnya. Pastikan saluran pernafasannya stabil dan terkawal. Longgar dan tanggalkan apa-apa di sekeliling lehernya untuk memudahkan pernafasan. Buka butang atau tali pinggang yang ketat.

Langkah 5: Jangan letakkan apa-apa di mulut anak anda.

Meletakkan jari, sudu, atau apa-apa objek lain di dalam mulutnya boleh menyebabkan anak anda tercekik atau patah gigi, dan boleh juga menyebabkan jari digigit. Ramai antara kita yang salah faham bahawa seseorang itu boleh menelan lidah mereka semasa serangan sawan berlaku. Ini tidak benar kerana lidah terlekat ke pangkal mulut. Ia tak akan tertelan lidah!

Langkah 6: Jauhkan diri dari orang ramai.

Hanya satu atau dua orang diperlukan untuk pertolongan cemas. Tak perlu terlalu ramai. Ini boleh mengganggu proses rawatan kecemasan.

Langkah 7: Jangan berikan air, makanan atau pil sehingga serangan sawan selesai.

Ini akan mengelakkan daripada anak anda tercekik. Dalam sesetengah kes, doktor mungkin telah menetapkan ubat-ubatan yang perlu digunakan pada masa serangan sawan itu; gunakannya seperti yang diarahkan. Periksa sama ada dia telah sedar dengan bertanya beberapa soalan mudah sehingga anak anda kembali kepada keadaan biasa.

Langkah 8: Jadilah ibu bapa yang ‘supportive’.

Kanak-kanak biasanya sembuh dari serangan sawan dengan sendirinya. Jika anak anda sudah boleh memahami dan bersekolah, terangkan kepadanya apa yang berlaku, dan berapa lama serangan itu berlaku. Anak anda mungkin mahu ditenangkan. Bantu dia tahu di mana dia berada dan apa yang sedang berlaku. Dia mungkin boleh mengalami situasi seperti buang air kecil atau besar ketika serangan berlaku tanpa disedari. Bantu dia untuk membersihkan.

Langkah 9: Selepas serangan sawan.

Sekiranya anak anda mengadu sakit di bahagian kepala, sakit otot atau lidah, beberapa ubat boleh membantu. Sekiranya dia mengalami kesakitan yang teruk, atau jika dia cedera semasa serangan berlaku, bawa dia untuk berjumpa doktor. Sekiranya anak anda mempunyai demam yang berkaitan dengan serangan itu, rujuk doktor di klinik atau hospital. Dia mungkin mempunyai jangkitan yang perlu dirawat.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Comments

comments