no comments

Seorang Kanak-Kanak Menjerit Ketakutan Semasa Penerbangan, Ini Yang Dilakukan Oleh Wanita Ini Kerana Hilang Sabar

Penerbangan selama lapan jam dari Brussels ke New York mungkin bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi kanak-kanak ini. Mungkin dia pernah mengalami pengalaman yang pahit semasa berada di atas kapal terbang suatu ketika dahulu membuatkan dia tidak betah berada lama-lama di dalam pesawat.

Kanak-kanak yang sepertinya dari Afrika ini dikatakan telah menjerit semasa berada di dalam kapal terbang menuju ke New York itu menyebabkan wanita dari Charlotte seakan-akan hilang sabar lalu melakukan sesuatu kepadanya.

Rochel Grone, 33 merupakan wanita berasal dari Charlotte yang dikatakan telah terganggu dengan bunyi sesuatu di belakangnya. Dia bukanlah orang yang tidak sabar, tetapi hampir sejam mendengar bunyi itu membuatkannya benar-benar terganggu.

Bunyi tersebut walau bagaimanapun kedengaran sedikit aneh seperti suara tetapi tanpa perkataan. Dia lalu memeriksa tempat duduk di belakangnya dan mendapati seorang kanak-kanak autisme yang duduk di belakangnya.

Setelah satu jam penerbangan, kanak-kanak itu menangis sehingga membuatkan ramai penumpang yang tidur terjaga kerana bunyi bising itu. Selepas 15 minit, Rachel Groner sudah tidak sabar lagi.

Dia segera bangun dari tempat duduknya lalu meminta sebatang pen daripada krew kapal terbang itu. Dia kemudian mengambil beg yang biasanya digunakan oleh mereka yang mual dalam pesawat dan menuju ke arah kanak-kanak itu.

Dia segera menghulurkan tangannya kepada kanak-kanak itu. Si kecil itu memandangnya, dia berhenti menangis lalu mencapai tangan Groner. Mereka berdua kemudian berjalan berhampiran pintu kecemasan.

“Saya meletakkan dia di pangkuan saya dan memberinya pelukan yang erat sebelum saya mula melepaskannya,” katanya. Tidak lama kemudian Groner dapat merasakan kanak-kanak itu mulai tenang.

Dia kemudian mengeluarkan pen dan beg loya tadi dan mula melukiskan sesuatu di atasnya. Groner mula bercakap-cakap dengan kanak-kanak itu dan tersenyum ke arahnya.

Menurut Groner lagi, jika perkara ini berlarutan bantal, jus dan biskut juga boleh digunakan untuk menenangkan kanak-kanak.

Perjalanan selepas itu mula berjalan lancar, kata Groner, walaupun seorang anggota kru memberitahu suaminya bahawa dia tidak perlu campur tangan. Krew kapal terbang yang lain serta penumpang lain mengucapkan terima kasih kepadanya.

Ibunya, dalam beberapa perkataan bahasa Inggeris, juga mengucapkan terima kasih kepada Groner.

Comments

comments