no comments

Selepas 104 hari, kau bunuh anak kami! Kau buat selamba tanpa rasa bersalah… Ikuti Luahan Sayu Ibu malang ini

Kes kematian bayi akibat tersedak susu bukanlah perkara baru, malah terdapat beberapa insiden yang serupa dilaporkan pernah terjadi sebelum ini.

Baru-baru ini, seorang bayi yang berusia tiga bulan dikatakan telah mati semasa berada di bawah penjagaan pengasuh. Punca kematian pula dikatakan akibat tersedak susu.

Mari kita bersama-sama membaca perkongsian dari ibu mangsa, Nurul Izzah Ayuni dan juga saudara Shauqiei Bey yang telah dimuatnaik ke laman Facebook mereka.

Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang comel yang diberikan nama Wan Muhammad Adam Aryan bin Wan Mohamad Azizie. Untuk pengetahuan semua, Allah SWT hanya pinjamkan baby Adam hanya untuk tempoh selama 104 hari sahaja.

Sekejap sangat Allah SWT pinjamkan, tidak sempat saya mahu jaga dan tengok dia membesar di depan mata. Sekarang baby Adam sudah selamat menjadi anak syurga. Kepada kawan-kawan yang mesej saya, saya memintak maaf sangat-sangat kerara saya tidak dapat mahu membalas mesej korang semua satu-satu. Terima kasih atas ucapan takziah dan kata-kata semangat anda.

anak mati di neseri, anak mati di rumah pengasuh, pengasuh cuai, ibu bapa cuai, bayi mati tersedak susu, mati tersedak susu

 

Doakan semoga saya dan suami kuat untuk menghadapi dugaan Allah SWT yang paling hebat ini. Doakan yang terbaik untuk baby Adam di sana. Doakan yang baik-baik untuk kami juga. Sugguh, kami tidak kuat untuk menghadapi dugaan yang maha hebat ini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan dan saudara mara banyak membantu dalam menguruskan urusan pengebumian jenazah Adam tengahari tadi.

Seorang anak yang sangat comel telah dijemput Ilahi. Adam Aryan telah ditetapkan penciptanya Allah SWT hayat hanya 104 hari. Adam tersedak susu semasa di bawah jagaan pengasuh yang tidak bertanggungjawab dan sangat ambil mudah berkenaan nyawa Adam.

Adam dihantar ke rumah pengasuh pada jam 12 tengah hari.  Ibu Adam telah Whatsapp pengasuh pada jam 3 petang bertanya khabar mengenai Adam. Pengasuh memberitahu yang Adam menangis, ibu Adam minta ambilkan gambar Adam namun permintaannya tidak diendahkan oleh pengasuh.

Muka pengasuh agak terkejut bila tengok papa Adam, sebab kebiasaannya kalau hantar Adam pukul 12 tengah hari, pukul 9 malam baru datang jemput.  Pengasuh memberitahu mahu siapkan Adam. Setelah 45 minit, baru pengasuh muncul membawa Adam, selepas mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan Adam.anak mati di neseri, anak mati di rumah pengasuh, pengasuh cuai, ibu bapa cuai, bayi mati tersedak susu, mati tersedak susu

 

Ketika pengasuh serahkan Adam kepada bapanya, Adam sudah tidak bernyawa lagi. Apa yang peliknya, pengasuh tanpa ada rasa bersalah serahkan Adam yang sudah tidak bernyawa. Adam sudah menjadi mayat. Adam sudah biru.sudah kaku. Pengasuh dengan selamba cakap yang Adam tersedak susu. Itu teksi sudah ada bawa ke hospital .

Mudahnya kau cakap wahai pengasuh. Kau tidak panggil ambulans dan kau langsung tidak telefon ibu dan bapa Adam, langsung tidak. Setelah mayat Adam dibawa ke hospital dan diperiksa oleh doktor, doktor telah mengesahkan bahawa Adam sudah meninggal jam 5 petang lagi.

Andai kata bapa Adam datang menjemput Adam pada waktu biasa jam 9 malam, pasti tidak tahulah apa yang akan jadi pada mayat Adam. Mudahnya kau bermain dgn nyawa manusia. Menurut laporan polis yang dibuat oleh pengasuh, pengasuh ada buat bantuan CPR kepada Adam. Namun persoalannya adalah:

1. Adakah CPR itu tindakkan yang betul untuk bayi yang tersedak susu?
2. Apakah pengasuh mempunyai kelayakkan unt buat CPR?

anak mati di neseri, anak mati di rumah pengasuh, pengasuh cuai, ibu bapa cuai, bayi mati tersedak susu, mati tersedak susu

 

Jika tiada ilmu bantuan CPR, kau bukannya menjadi penyelamat, tetapi kau telah menjadi penbunuh. Kami redha dengan ketentuan ini. Akan tetapi, kami juga menuntut keadilan untuk Adam supaya tiada lagi ibubapa yg senasib kami.

semoga ibubapa adam terus tabah menghadapi ujian seberat ini .

Comments

comments