no comments

“Saya tak bagi anak Paracetamol” – Doktor Tempelak Bapa Percaya Fitnah di Facebook

Media sosial kini menjadi ruangan penting untuk menyebarkan maklumat. Walaupun hal ini sangat berguna kepada orang ramai, namun, akan membawa bencana sekiranya maklumat yang disampaikan tidak betul sehingga menimbulkan fitnah dan was-was kepada orang ramai.

Terbaru, Doktor Ahmad Zakimi Abdullah telah berkongsi di laman Facebook miliknya mengenai bahana mempercayai fitnah terhadap Paracetamol yang telah tersebar di laman sosial.

Beliau telah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan seorang bapa yang sanggup tidak memberikan Paracetamol kepada anak berusia empat tahun yang demam panas selama dua hari sehingga menyebabkan anak itu terpaksa dikejarkan ke zon merah kerana diserang sawan demam (complex febrile seizures).

paracetamol anak demam, bagi anak paracetamol bila demam, jaga ubat anak, ubat untuk kanak-kanak, jangan lebih dose ubat anak

Apabila ditanya, bapa itu mengaku tidak memberikan ubat demam Paracetamol kepada anaknya walaupun telah diberikan doktor dengan alasan terbaca satu postdi Facebook yang mengatakan Paracetamol adalah bahaya serta boleh memberikan kesan buruk kepada hati.

Terkejut dan kecewa dengan apa yang berlaku, doktor itu menjelaskan bahawa Paracetamol adalah selamat dan tidak merosakkan hati selagi ianya diambil mengikut dos yang disarankan oleh doktor atau pengeluar.paracetamol anak demam, bagi anak paracetamol bila demam, jaga ubat anak, ubat untuk kanak-kanak, jangan lebih dose ubat anak

Ujarnya lagi, Drug Administration (FDA) menasihatkan hanya mengambil empat gram Paracetamol setiap 24 jam yang bermakna sehari setiap individu hanya dibenarkan untuk mengambil maksima lapan biji Paracetamol sahaja. Dos yang disarankan beliau ialah seperti berikut:

  • Orang dewasa: 2 biji Paracetamol setiap 6 hingga 8 jam sekali.
  • Kanak-kanak: Sirap Paracetamol 15mg/kg dalam 6 hingga 8 jam sehari.
  • Suppositories paracetamol (masuk rektum): 30mg/kg setiap 6 jam sekali (maksimum 5g sehari).
  • IV Perfalgan: 1g secara infusi dalam masa 15 minit (minimum tidak kurang dari 4 jam sekali, maksimum 4g sehari).

Selain itu, Paracetamol yang turut digunakan sebagai ubat tahan sakit juga adalah paling selamat dan sesuai digunakan oleh kanak-kanak, ibu-ibu mengandung dan ibu yang sedang menyusukan serta untuk warga emas.

Hal-hal perubatan dan kesihatan ni, lebih baik kita serah pada yang pakar.

Comments

comments