no comments

Satey Nugget Ayam Untuk Anak Yang Kurang Makan

Kami sedar, ramai ibu-ibu di luar sana yang hadapi masalah anak kurang makan. Tapi kalau ayam goreng mereka boleh habiskan sampai 2 ke 3 ketul seorang.

Cuma, ibu-ibu pun akan jemu kalau hari-hari lauk ayam goreng je. Jadi, apa kata kalau ibu-ibu tukar sikit resipi ayam goreng itu dan jadikan Satey Nugget Ayam.

Resipi ini dikongsikan oleh Puan Junio Valerio Seriko. Barulah selera anak bertambah. Ibu-ibu pun tak ada la jemu nak makan ayam hari-hari. Boleh juga dijadikan kudapan untuk anak-anak.

Bahan-Bahan:

  • Daging ayam 300 gram (Blend halus)
  • 10 sudu besar tepung ubi kayu/tepung sagu
  • 1 biji telur
  • Daun bawang
  • Bawang putih (Kisar)
  • Lada putih
  • Garam
  • Serbuk pati ayam

Cara Membuat:

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Masukkan tepung ubi supaya adunan tidak melekat.
  3. Tambah minyak masak sikit lepas tu rebus.
  4. Celupkan adunan yang telah direbus tadi dengan telur.
  5. Goreng dengan api yang sederhana.

Siap! Sekarang ni, ibu-ibu dah tak perlu beli nugget lagi. Buat je sendiri dekat rumah. Sedap pun sedap.

Comments

comments