no comments

Resipi Nugget Nasi Frozen Untuk Anak Tak Suka Nasi

Kadangkala yang jadi mak-mak selalu pening kepala bila si kecil buat perangai tak nak makan nasi. Maklumlah nasi adalah makanan ruji orang Malaysia. Kalau sehari tolak hidangan nasi, kita masih boleh bersabar tapi kalau setiap hari mencebik mulut bila hendak disuap nasi, mak pun mulalah nak naik angin.

Sebenarnya bukanlah sebab geram hidangan ditolak tetapi lebih kepada risaukan perut anak yang kosong dan sudah tentu langsung tidak mendapat khasiat yang sepatutnya untuk tumbesaran yang sihat.

Jadi, apa nak buat? Orang kata bila dah bergelar ibu, memang wajib jadi kreatif dan inovatif terutama bab memastikan anak makan makanan berkhasiat dan mengenyangkan.

Maka jadilah pelbagai resipi ciptaan mak-mak yang sangat kreatif demi anak tersayang seperti dikongsi oleh Puan Arieza Rieza dalam laman facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Nugget Nasi Frozen

Pagi2 dh buat nugget nasi..anak buat perangai susah mkn nasi plk..kejap lg bangun dh boleh terus makan..makan sebiji pun dh kenyang..hati ibu pun senang..jom momies buat boleh bg anak2 makan… Nak bekalkan anak ke sekolah pun boleh jugak..senang anak2 nk makan..

Di persilakan share n tag kawan2

Selamat mencuba

1. Nasi panas2 bersama serbuk ikan bilis/ayam dan sedikit serbuk perasa..

2. Gaul n lenyekkan nasi sehingga padat

3. Untuk inti dalam saya pakai sosej..klu nak pakai apa2 inti pun boleh.janji anak suka makan..

4. Gumpal nasi n lenyekkan mcm ne kemudian boleh letak inti kt dalam 2

5. Bulatkan balik nasi..gumpal bagi padat takut nnt goreng akan pecah..

6. Celup dalam telur

7. Tepung goreng ayam bersama nestum.klu nak pakai serbuk roti pun boleh jugak

8. Kemudian golekkan sampai semua disaluti tepung ayam

9. Panaskan api n goreng.pastikan api kecil

Klu nk frozenkan boleh goreng separuh masak

Klu nak makan sekarang boleh goreng sampai garing..

10. Ni yg separuh masak..tggu bagi sejuk kemudian boleh frozenkan

11. Ni yang boleh makan sekarang..

Sumber Facebook Arieza Rieza

Comments

comments