Doktor Ini Kongsi Rawatan Asas Penyakit ECZEMA Yang Mak Ayah Boleh Kawal & Patut Ambil Tahu

Penyakit Eczema seringkali menimpa kanak-kanak dan ia boleh berterusan sehingga meningkat dewasa. Sebenarnya menurut Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar, Eczema boleh dikawal jika mak ayah faham mengenai rawatan asas yang boleh dilakukan untuk penyakit ini.

Berikut merupakan antara penjelasan oleh beliau;

Soalan tentang ECZEMA memang paling kerap aku terima. Evergreen punya soalan. Sentiasa ada yang menyoal. So malam ni kita study sikit je asas tentang Eczema yang anda semua patut tahu ( yang Insya Allah akan membantu proses rawatan)

Eczema ni satu term yang sangat general. Ianya bawa maksud ruam kulit yang GATAL. ( ITCHY skin rash). Jadi kalau ada ruam yang TAK GATAL, 99.99% ianya bukan eczema. Eczema sebenarnya ada banyak kategori, contohnya contact dermatitis, nummular eczema, seborrhoeic dermatitis dan atopic dermatitis ( AD).Eczema, Eczema pada bayi, permulaan Eczema, mild Eczema, severe Eczema, rawatan asas Eczema, ubat asas Eczema

Eczema yang paling kerap orang tanya (dan ramai hidapi) ialah ATOPIC DERMATITIS ( AD).

Antara ciri simptom paling penting Atopic Dermatitis ( AD) ni ialah:

1. Ruam GATAL pada pelipat kulit. Contohnya belakang lutut, celah lipatan siku, sekeliling leher, celah kelengkang, lipatan breast.

Eczema, Eczema pada bayi, permulaan Eczema, mild Eczema, severe Eczema, rawatan asas Eczema, ubat asas Eczema

2. Ada sejarah penyakit atopy yang lain seperti asthma & allergic rhinitis ( resdung). Untuk kes kanak kanak bawah 5 tahun, tengok sejarah keluarga terdekatnya ( parents, adik beradik)

*** Boleh baca tulisan ringkas aku tentang ATOPY disini:

3. Kebanyakkan masa kulit yang terlibat itu kering ( dry skin).

4. Onset nya ( mula kena ) pada usia yang awal, bawah 2 tahun selalunya. Dan ia boleh progress ( secara kronik on & off) hingga dewasa.

Kena faham, AD ialah satu penyakit yang kronik. Ada masa ia OK ( terkawal), ada masa ia menyerang ( relapse).

Kena faham asas rawatan ( Rawatan secara terperinci, itu kerja doktor). Bila faham asas rawatan, anda tak akan over treat / under treat. Bila faham asas rawatan, anda boleh kawal AD, Insya Allah.

Prinsip Asas Rawatan Atopic Dermatitis ( Eczema ):

1. Elakkan Alahan

Elakkan bahan / makanan yang menyebabkan tindak balas alahan ( avoid allergen). Ini mudah cakap, tapi payah nak buat. Selalunya tak tahu apa yang alah/ sensitif. Dah buat extensive skin test pun tak jumpa allergennya apa.

2. Kulit Mesti Cukup Air ( Well Hydrated )

Di sini lah penting nya MANDI & penggunaan emollients ( moisturizing agent)

Kena faham penting nya guna sapuan / krim pelembab sebab kulit eczema selalunya dry. Sapu setiap hari krim pelembab.

Bila mandi, mandi lama sikit supaya kulit lembab lepas di lap. Dan kena tahu cara yang betul nak apply krim pelembab. Ideally di sapu sejurus lepas mandi supaya tinggi kadar serapan nya.

Eczema, Eczema pada bayi, permulaan Eczema, mild Eczema, severe Eczema, rawatan asas Eczema, ubat asas Eczema

3. Guna Krim / Sapuan Steroid

Kena faham tak boleh berterusan guna krim steroid. Selalunya dalam acute attack AD, sapu krim yang ada steroid tak lebih seminggu. Mula gunakan krim steroid yang paling lemah dulu (less potent)

4. Ubat Anti Histamin

Anti histamin ialah untuk kurangkan gatal. Contohnya Cetrizin / Zyrtec / Loratadine.

5. Penggunaan Antibiotik

Antibiotik perlu di sapu / atau makan, kalau AD di jangkiti bakteria. Antara ciri ciri AD di jangkiti ialah bila kulit mula merah teruk,berair, bernanah.

6. Steroid Pil

Untuk kes kes AD yang kronik atau relapse yang teruk, kita akan gunakan pil steroid utk merencatkan aktiviti relapse of AD tu dengan kadar segera.

Pastikan anda betul-betul faham prinsip no. 1 – no.4, maka Insya Allah boleh elakkan guna no. 5 dan/atau no. 6.

Untuk memahami dengan lanjut tentang jenis jenis krim….krim pelembab… dan krim steroid mana yang kuat ( potent), yg mana yang lemah ( less potent), aku ada tulis satu post tentangnya pada tahun lepas. Boleh baca kat sini.

Sumber:Khairul Faizie Mohammad Kamar

Comments

comments

Reply