11 Tip Mudah Rawat Anak Demam Panas Di Rumah

Sekarang musim hujan, sana sini dengar budak-budak demam. Kalau anak demam, ibulah yang paling susah hati. Semua kerja terbengkalai sebab ibu terpaksa fokus pada anak.

Paling takut bila suhu badan anak semakin meningkat. Ada ibu yang panik sampai menangis, ada juga yang stress kerana anak meragam. Sudahnya ibu pula yang jatuh sakit kerana tidak cukup rehat dan tidak tidur malam menjaga anak.

Jangan susah hati, kali ini kami nak share petua untuk kurangkan suhu badan anak. Ibu mesti ikuti tip ini apabila anak demam di rumah. Jangan panik, atasinya dengan tenang.

1. Sentiasa pantau suhu
Setiap rumah mesti ada termometer, ia sangat penting untuk ibu memantau suhu badan anak. Suhu yang normal 36.7 celsius. Jika suhu anak 38 celcius itu tandanya anak demam. Pantau suhu anak setiap empat jam.

2. Beri anak ubat demam
Beri anak makan ubat demam mengikut sukatan yang tepat. Ikut jadual yang diberikan doktor.

3. Tuam kepala & badan anak
Rendamkan seketika tuala dalam air paip, kemudian tuam atau lap kepala dan badan anak. Jangan biarkan tuala basah ini lama di dahi. Tuam sekerap mungkin sehingga suhu badan turun.

4. Letak tuala basah di bawah ketiak
Untuk menurunkan suhu badan dengan cepat, letakkan tuala basah di bawah ketiak anak. Fokus juga kepada celah paha dan di bahagian pelipat.

5. Pakai pakaian nipis atau pampers sahaja
Jangan bagi anak pakai pakaian tebal. Bagi anak pakai pakaian yang nipis supaya suhu badan mudah turun.

6. Jangan selimutkan anak
Ramai ibu di luar sana yang selimutkan anak apabila anak mereka demam panas. Sebenarnya cara ini salah. Ia menyebabkan suhu badan anak meningkat, jadi jangan sesekali menyelimutkan anak ye.

7. Bagi anak susu dan air dengan kerap
Susukan anak dengan sekerap mungkin. Manakala anak-anak yang sudah besar, bagi mereka minum air putih yang banyak. Ia membantu menggantikan cecair yang hilang dalam badan dan menyejukkan badan.

8. Jangan biar perut anak kosong
Anak yang demam memang tidak selera makan. Pujuk mereka makan sedikit agar perut tidak kosong. Membiarkan anak dalam keadaan lapar akan menyebabkan perut anak masuk angin. Masak bubur atau sup untuk anak, kebiasaannya menu ini membuka selera mereka.

9. Jangan biarkan anak tidur sendirian
Bila anak demam, ibu atau ayah mesti tidur dengan anak. Pantau suhu dan keadaan mereka. Jika suhu anak terlalu tinggi melebihi 38 celsius, segera bawa anak ke hospital kerana anak boleh kena sawan.

10. Petua tradisional
Tuam anak dengan air daun dan bunga raya. Ia dikatakan dapat membantu menyejukkan badan dan menurunkan suhu badan. Lakukan sekerap mungkin. Air asam jawa juga antara petua orang lama yang membantu menyejukkan badan. Akhir sekali, jangan lupa berdoa agar anak cepat sembuh.

11. Guna Telur Rebus
Telur rebus pun boleh kurangkan panas badan anak yang demam. Caranya mudah sahaja, rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.

1. Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.

2. Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.

3. Balut telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.

4. Golek-golekkan telur di seluruh badan anak yang demam terutama di kawasan yang panas. Golek selembut mungkin bagi mengelakkan telur pecah. Berbual dengan anak untuk memastikan dia boleh duduk diam sambil berdoa dalam hati supaya diberikan kesembuhan segera kepada anak.

5. Apabila telur sudah suam, boleh keluarkan daripada kain lapik. Anda akan nampak telur sudah mula menggerutu. Abaikan keadaan telur dan teruskan menggolek sampai telur sejuk (lebih kurang setengah jam proses menggolek telur).

6. Ketepikan telur dan biarkan telur dalam masa 10 hingga 15 minit. Kemudian pecahkan telur putih dengan berhati-hati. Anda akan nampak kuning telur menggerutu.

7. Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang lagi langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makin lama makin kurang gerutunya. Anda boleh buat tiga kali rawatan dalam sehari.

InshaAllah dengan izin Allah SWT, selepas rawatan ini suhu badan anak akan normal kembali. Pastikan anda beri anak banyak minum air masak dan kerap mandikan dia.

Comments

comments

Reply