no comments

Ibu Bapa Tahukah Perbezaan Antara Tadika Dan Taska?

Pendidikan awal kanak-kanak kini semakin popular, dengan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke taska walaupun hanya berusia beberapa bulan. Tetapi setiap tahun ibu bapa baru selalu keliru mendengar istilah seperti “tadika“, “taska”, “nursery“, “pusat jagaan kanak-kanak” dan sebagainya. Mana satu yang sesuai untuk anak? Mari kita bincangkan.

Jenis Pendidikan Awal Untuk Kanak-Kanak

Pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan tidak rasmi untuk kanak-kanak kecil di bawah umur 6 tahun. Di Malaysia, terdapat 2 jenis pendidikan awal kanak-kanak dengan tujuan menyediakan kanak-kanak kecil dengan pengetahuan asas sebelum memulakan pendidikan rasmi apabila masuk Tahun 1 di sekolah.

Pendidikan awal kanak-kanak tersebut adalah:

  • Taska, nurseri atau pusat penjagaan
  • Tadika

Apakah perbezaan kedua-dua pendidikan awal ini?

1 – Taska/Nursery/Pusat Penjagaan Kanak-kanak

Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa. Sumber gambar: Jabatan Kemajuan Masyarakat

  • “Taska” adalah kata singkat untuk taman asuhan kanak-kanak.
  • Menjaga kanak-kanak sejak bayi hingga 4 tahun apabila ibu bapa bekerja.
  • Mungkin menyediakan aktiviti atau program yang sesuai untuk kanak-kanak disamping penjagaan biasa.
  • Taska di rumah: kurang dari 10 kanak-kanak. Taska di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak.
  • Semua penjaga kanak-kanak wajib menjalankan kursus 10 hari (Kursus Asuhan Kanak-Kanak Asas, KAAK) yang ditentukan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
  • Setiap pusat penjagaan kanak-kanak di Malaysia mesti didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM), di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (MWFCD).

MWFCD bertanggungjawab ke atas kelulusan dan penubuhan pusat jagaan kanak-kanak di Malaysia. JKM pula berfungsi sebagai pengawal dan penyelaras utama program penjagaan kanak-kanak dan pendidikan awal (ECCE ). Walaubagaimanapun, tiada garis panduan kurikulum khusus untuk mereka yang menyediakan perkhimatan ini.

Oleh itu, ia adalah sangat penting ibu bapa selidik dahulu dan jangan terburu-buru apabila memilih pusat jagaan kanak-kanak untuk anak.

2 – Tadika/Kindergarten/Preschool

  • “Tadika” adalah kata singkat untuk taman didikan kanak-kanak
  • Ia juga dikenali sebagai kindergarten atau preschool dalam Bahasa Inggeris.
  • Kanak-kanak yang diterima berumur antara 4 hingga 6 tahun.
  • Menyediakan aktiviti pembelajaran akademik yang berasaskan mata pelajaran.
  • Kanak-kanak juga boleh belajar untuk berkomunikasi, bersosial dan pelbagai aktiviti yang positif.
  • Tiada sekatan jenis bahasa yang digunakan; Bahasa Inggeris, Mandarin atau Tamil.
  • Bahasa kebangsaan mesti diajar sebagai subjek.
  • Dijalankan di pusat: 10 atau lebih kanak-kanak.
  • Semua guru yang mengajar di prasekolah dilatih dan disahkan dengan sekurang-kurangnya diploma dalam bidang Perguruan. Kebanyakan mereka mempunyai ijazah atau sarjana dalam pendidikan awal kanak-kanak.
  • Mungkin juga menyediakan perkhidmatan pusat jagaan harian terutama untuk kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang bekerja
  • Tadika, kindergarten dan preschool adalah di bawah jagaan 3 kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; dan Jabatan Perpaduan Negara.

Pada tahun 2003, KPM telahpun menetapkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang perlu diikut oleh semua sekolah prasekolah. Kurikulum ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial, intelek, fizikal, rohani dan nilai estetik kanak-kanak. Program tambahan yang ditawarkan oleh prasekolah mesti diluluskan oleh KPM terlebih dahulu.

Pendidikan awal adalah penting memandangkan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti prasekolah di seluruh Malaysia. Kanak-kanak adalah pengganti kita untuk masa depan. Oleh itu, mereka berhak untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang mereka.

Setiap kanak-kanak adalah unik, dan ia adalah tugas ibu bapa untuk memilih prasekolah yang seusai untuk memenuhi keperluan anak mereka.

Sumber: The Asian Parent kiddy123 

Comments

comments