no comments

Bolehkah Menyimpan Susu Formula Yang Sudah Dibancuh di dalam Peti Sejuk? Doktor Ini Ada Jawapannya

Seorang ibu bertanya kepada Doktor Zubaidi Hj Ahmad mengenai penyimpanan susu formula yang sudah dibancuh di dalam peti ais. Menurut ibu ini, susu formula yang dibeli agak mahal harganya lalu dia meminta pendapat doktor tersebut adakah susu yang telah dibancuh tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dan berapakah jangka masa yang dibenarkan.

Doktor Zubaidi menjawab persoalan itu dan berkongsi jawapan dan penerangan tersebut di Facebook miliknya.

Menurut Doktor Zubaidi, walaupun susu yang telah dibancuh disimpan di dalam peti sejuk, bakteria boleh membiak dalam tempoh masa empat jam. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan supaya tidak menyimpan susu formula yang sudah dibancuh di dalam peti sejuk melebihi 4 jam.cara simpan susu anak, penyimpanan susu formula, susu formula yang sudah dibancuh, bancuhan susu formula, buang susu formula lebih sejam, simpan susu dalam peti ais

Manakala bagi susu formula yang sudah dibancuh dan dibiarkan pada suhu bilik pula tidak boleh melebihi sejam kerana dikhuatiri bakteria akan membiak di dalamnya.

Oleh itu, adalah lebih baik baki susu yang tidak mahu diminum lagi oleh anak dibuangkan sahaja jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik.

SIMPAN SUSU FROMULA DALAM PETI SEJUK “Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan….

Posted by Dr Zubaidi Hj Ahmad on 14hb Februari 2018

Semoga ibu bapa di luar sana mendapat ilmu baharu mengenai penyimpanan susu formula yang sudah dibancuh dengan kaedah yang betul.

Comments

comments