Mengetahui adiknya sedang sakit, si abang ini setia menemani adiknya dan memeluknya dengan penuh kasih sayang

Sudah menjadi sifat semula jadi untuk melindungi keluarga daripada apa sahaja, terutama jika anda lebih tua daripada adik-beradik yang lain. Anda akan melakukan apa sahaja yang anda boleh untuk melindungi adik-adik lain supaya mereka selalu dalam keadaan baik-baik sahaja. Seperti kanak-kanak lelaki ini–John, dia nampaknya telah menjalankan tugasnya sebagai abang dengan baik dengan menjaga adik perempuannya, Clara.

Menurut laporan ABC 11, Clara dilahirkan dengan Achondroplasia di mana dia mengalami kekerdilan yang disebabkan oleh gangguan pembentukan tulang (osteogenesis) di dalam tulang panjang anggota dan tulang muka tertentu semasa membesar.

Walaupun Clara akan melakukan sesuatu dengan cara berbeza seperti orang normal lain, dia tetap mampu melakukan banyak perkara.didik anak sayang adik, kasih sayang adik beradik, ajar abang sayang adik, ajar kasih sayang, kasih sayang keluarga,

“Jangan sekali-kali meremehkan seseorang yang sedikit berbeza daripada anda. Clara akan melakukan banyak perkara besar dalam hidupnya, sama seperti anda atau saya, dia akan mencari caranya sendiri untuk melakukannya!” Tulis ibu Clara, Danielle Davis di Instagramnya.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila abangnya tidak pernah meninggalkan adik kecilnya. Dia begitu sayang akan Clara dan selalu ada di sisi adiknya terutama ketika Clara dalam keadaan tidak sihat.

didik anak sayang adik, kasih sayang adik beradik, ajar abang sayang adik, ajar kasih sayang, kasih sayang keluarga,

Baru-baru ini Clara pula telah disahkan positif dengan virus Respiratory syncytial (RSV) menyebabkan dia boleh dijangkiti selesema dan virus ini adalah berbahaya terutama kepada kanak-kanak.

“Malah, RSV adalah penyebab bronchiolitis (keradangan saluran pernafasan kecil di paru-paru) dan radang paru-paru (jangkitan pada paru-paru) pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 1 tahun di Amerika Syarikat. Ia juga merupakan penyebab utama penyakit pernafasan kepada orang dewasa. “

“Saya tidak suka melihat bayi saya sakit!” Danielle menulis di Instagram

Bukan hanya Danielle yang terkesan jika Clara jatuh sakit malah John juga seolah-olah merasakan kesakitan adiknya.

Danielle kemudian telah merakam video anak lelakinya yang memeluk adik kecilnya, menenangkannya dan cuba menghibur adiknya yang sedang sakit. John dilihat sedang memeluk adiknya dengan lembut dan penuh dengan kasih sayang dengan berharap adiknya akan berasa lebih baik.

didik anak sayang adik, kasih sayang adik beradik, ajar abang sayang adik, ajar kasih sayang, kasih sayang keluarga, Sumber: ddanidavis

Bayi kecil itu juga kelihatan sangat damai di pelukan abangnya. Mungkin dia juga merasakan kasih sayang abangnya serta perhatian yang diberikan membuatkan dia lebih tenang.

Pemandangan indah seperti ini pasti akan menyentuh hati siapa pun. Ternyata kasih sayang keluarga adalah sesuatu yang sangat mahal!

Comments

comments

Reply