Mak Pemalas Buat Anak Lebih Berdikari Dan Rajin

Mula-mula membaca perkongsian dari Suhaili Ikhsan ini memang rasanya kita perlu jadi ibu yang rajin. Ya lah untuk kesenangan anak-anak dan juga contoh buat mereka.

Tapi bila selesai membaca perkongsian CEO ABS Education rasanya elok juga kalau ibu-ibu jadi mak yang malas. Malah ramai juga netizen terutama kaum ibu berpandangan yang sama.

“Mak rajin vs mak malas.

“Pagi-pagi lagi mak rajin sudah bangun dan siapkan sarapan. Mak rajin akan pastikan sarapan terhidang di atas meja panas-panas. Anak-anak bangun terus menghadap meja makan.

“Mak malas pula bangun pagi-pagi mulutnya sudah becok bangunkan anak-anak solat Subuh berjemaah. Kemudian dikerahkan semua anak-anak menyiapkan sarapan dan makan bersama.

“Mak rajin akan menyiapkan semua keperluan anak. Mak rajin pantang anak-anak buat silap. Ada saja tak kena pada matanya. Perfectionist.

“Mak malas tak kisah anak buat silap, yang penting anak betulkan silap dan buat lebih baik. Baginya, anak mesti buat SENDIRI.

“Mak rajin cukup tangkas kemas rumah, layan tetamu, cuci pinggan mangkuk. Mak rajin kasihkan anak, mahu anak happy, bermain puas-puas. Katanya, anak kecil lagi…

“Mak malas akan bahagikan semua tugasan kepada anak-anak. Yang kecil tugasnya sentiasa pastikan ruang tamu kemas, bantal kecil tersusun di sofa. Yang lelaki diajarnya sukatan betul untuk membancuh air. Yang besar tugasnya mencuci pinggan dan gelas selesai tetamu pulang.

“Anak-anak mak malas, sampai berkunjung ke rumah orang pun, basuh pinggan dan cawan sendiri. Ishhhh!,”tulisnya.

Ada betulnya juga jadi mak malas ini ada kelebihannya untuk anak. Tapi jangan sampai over ya!

Sumber: Suhaili Ikhsan

Comments

comments

Reply