‘Kerusi Di Kantin Adalah Hak Murid, Bukan Tempat Untuk Ibubapa Duduk Dan Layan Anak-anak Sendiri’

Teguran pernah dibuat sebelum ini, namun masih ada ibubapa yang mengulangi perbuatan mereka iaitu merampas tempat duduk murid di kantin sehingga murid-murid yang lain terpaksa makan berdiri dan paling teruk, langsung tak menjamah makanan ketika waktu rehat.

Ibubapa yang tidak bertanggungjawab ini hanya mementingkan anak tekak anak-anak mereka sahaja tanpa memikirkan murid-murid yang lain. Di kala berbangga dengan gambar selfie sedang menyuap anak di kantin acah-acah sweet moment bahagia etc, mereka tidak sedar mereka telah menganiaya murid-murid yang lain.

Sekali lagi, Cikgu Mohd Fadli Salleh tampil memberikan teguran kepada ibubapa, berhenti dari terus merampas hak dan menganiaya murid-murid Tahun Satu di kantin.
jangan guna kerusi di kantin sekolah, kerusi kantin sekolah, kantin sekolah, kantin sekolah rendah

TERLIHAT gambar pertama yang dikongsi seorang sahabat, terus menyirap darah ke muka. Aku marah sangat! Banyak kali aku tulis mengenai hal ini sejak bertahun-tahun dulu lagi.

JANGAN AMBIL HAK MURID!

Kerusi di kantin itu adalah hak murid, tempat murid duduk untuk makan. Bukannya tempat untuk ibu bapa duduk dan melayan anak-anak sendiri sehingga murid lain termangu-mangu tiada tempat hendak tuju.

Kes sebegini sudah banyak kali aku hadapi dari dulu lagi. Aku tak pernah segan silu nak ‘sound’ ibu bapa yang ambil tempat duduk. Dengan nada marah, dengan nada keras aku akan bersuara. Siapa sahaja yang ambil hak anak-anak aku, aku akan sound direct. Nak terasa? Silakan, memang aku harap sangat mereka terasa.

Apa punya manusia tak fikirkan hak orang lain? Tak fikirkan murid lain yang datang tanpa ditemani ibubapa? Aku sangat marah kerana hal ini berlaku pada aku tujuh tahun lalu. Satu kisah benar yang menimpa aku sebagai guru tahun satu. Aku pernah tulis dulu dan hari ini aku tulis lagi.

Seorang anak yatim, ayahnya sudah lama meninggal dunia. Ibunya pula sakit kanser kalau tak silap dan terpaksa ditahan di wad. Ibu saudaranya yang menjaga budak itu. Dan di hari pertama persekolahan, tanpa sesiapa yang teman, dia terkebil-kebil bersendirian. Berdiri diam di tepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk di tempat dia sambil menyuap anak mereka makan.
jangan guna kerusi di kantin sekolah, kerusi kantin sekolah, kantin sekolah, kantin sekolah rendah

Waktu rehat tamat, murid itu kelaparan namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh, baru aku perasan. Aku duduk dan tunggu dia makan. Temankan dia walaupun dia dah kalut nak masuk kelas kerana semua kawan-kawannya sudah bergegas masuk kelas. Dia takut kena marah dengan cikgu, dia rela berlapar kerana risau lambat masuk kelas.

Namun dengan jaminan aku, dia akhirnya akur untuk makan. Aku tunggu sampai dia selesai dan aku hantar dia ke kelas. Itu anak yatim yang kau orang dewasa kejam ambil hak dia.

Kau paparkan gambar bahagia menyuap anak tercinta di kantin, padahal sebenarnya kebahagiaan kau itu meragut hak anak yatim!

Sejak itu, aku memang cukup pantang kalau ibu bapa duduk di kantin waktu murid ramai. Waktu lapang, silakanlah, waktu sesak tak payah!

Kau lihat gambar terakhir, itu gambar ibu bapa murid sekolah aku. Tidak berani mereka duduk mengambil hak murid-murid aku kerana aku berpesan dengan tegas.

“Jangan sesekali duduk di kerusi kantin selagi ada murid masih berdiri mencari tempat duduk. Jika ada ibu bapa duduk, sedangkan murid tercari-cari tempat, aku akan marah,” itu yang aku ungkapkan di hari orientasi beberapa hari lepas dan diulangi berkali-kali menandakan aku memang serius tentang hal ini.
jangan guna kerusi di kantin sekolah, kerusi kantin sekolah, kantin sekolah, kantin sekolah rendah

Semalam, hari pertama nampaknya semua ibu bapa murid aku faham. Mereka ajar anak mereka membeli, mereka ajar anak mereka menerima baki, mereka suap anak mereka dengan penuh kasih sayang, namun mereka tidak duduk selagi ada murid berdiri mencari tempat.

Tahniah buat ibu bapa murid Sk (1) Gombak atas kerjasama erat ini.

Guru-guru Tahun Satu seluruh negara, sila bertegas dengan hal ini. Jangan biarkan ibu bapa yang tiada perasaan terus menerus ambil hak anak-anak murid kita.

Gambar pertama kiriman sahabat. Sekolah tidak dapat dikenal pasti. Kalau aku tahu pun, aku rahsiakan juga. Ada benda boleh bertolak ansur, ada benda memang kena bertegas.

Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Comments

comments

Reply