no comments

Kenapa Anak Tidak Mirip Ayah Atau Ibunya?

Kebiasaan seorang anak mempunyai persamaan wajah dengan salah satu dari kedua ibu bapanya. Malah ada yang mirip dengan kedua ibu bapanya sekaligus dari raut wajah dan gayanya. Ada yang wajahnya mirip ibu, sementara gaya berjalannya mirip ayahnya. Ada yang matanya mirip sang ayah, sementara Bibirnya mirip sang ibu. Ada juga yang wajah dan gayanya hanya mirip ibu ayah saja.

Sebagai Contoh, Fatimah binti Rosulillah adalah antara contoh yang tepat. Menurut Aisyah Rodhiyallahu Anha, Fatimah sangat mirip dengan ayahnya, Rasulullah Muhammad shollahu ‘alaihi wasallam baik dari sisi Dan raut wajah mahupun gaya. Hal ini sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam Sunan-nya.

Dari Aisyah Rodhiyallahu ‘Anha, beliau berkata:

“Aku tidak melihat orang yang paling mirip dengan Rasulullah Shallahu’ Alaihi wasallam wajah dan gayanya selain Fathimah”.wajah anak tidak mirip orang tua,apakah boleh saudara kandung menyusui anak dari saudaranya,rahsia ketampanan muhammad,anak anugerah mirip bapaknya,wajah anak tidak sama ibu dan ayahnya menurut nabi,raut wajah anak ikut ibu atau ayah,muka anak tak mirip ibu bapa,ketampanan muhammad,kenapa muka anak lain dari ibu dan bapa,kenapa anak tidak ada mirip bapa,kenapa anak tak ikut muka bapa atau ibu

Dalam Shahih Bukhari no. 3623 dan Muslim 2450 juga didapati keterangan bahawa gaya berjalan Fathimah Juga mirip dengan Rasulullah. Dari ‘Aisyah: “Fathimah berjalan seperti jalannya Rasulullah”

Tetapi, tidak semua anak mirip dengan ayah atau ibunya. Ada anak yang wajahnya tidak sama dan jauh berbeza dengan ayah ataupun ibunya. Bila menemui anak yang tidak mirip dengan ayah atau ibunya, boleh jadi di antara kita ada yang mula meragukan status anak itu sebagai anak kandung dari kedua orang ibu bapanya , yang secara tidak langsung kita menuduh bahawa anak itu adalah hasil dari perbuatan zina. Naudzubillahi min dzalika.

Padahal banyak kemungkinan yang lain, dan kemungkinan ini lebih selamat kerana ditunjukkan oleh as-Sunnah dan sejarah para nabi.

Ketika ada seorang lelaki yang datang menghadap Nabi dan meragukan anak yang dilahirkan isterinya, Nabi yang mulia menyatakan bahawa sang anak tidak mirip dengan ayah atau ibunya kerana boleh jadi mirip dengan bapa saudara atau datuknya.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, berkata “Seorang lelaki dari Bani Fazarah mendatangi Nabi Shallahu’ Alaihi Wassalam dan berkata, ‘Istriku telah melahirkan anak yang berkulit hitam.’” Nabi berkata, “Apakah kamu punya unta?” “Ya” jawab laki- laki itu. “Apa warnanya?” Tanya Nabi. “Merah”, jawabnya. “Apakah di antara anaknya ada yang berwarna hitam?” Tanya Rasulullah. “Ya ada”, jawabnya.
“Dari mana datangnya? Tanya Nabi. “Mungkin mirip dengan datuknya atau bapa saudaranya.” (HR Bukhari 684 dan Muslim 1500).

Bukti lain bahawa anak boleh saja tidak serupa dengan orang tuanya tetapi mirip dengan datuk atau neneknya juga dibuktikan oleh sejarah para nabi.

Sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Mustafa al-Adawi misalnya, “Yusuf ‘Alaihissalam, seorang nabi Telah dianugerahi ketampanan yang luar biasa sehingga dikatakan bahawa beliau ini diberi ketampanan separuh ketampanan manusia di alam ini. Ternyata Yusuf ini adalah cucu dari seorang wanita tercantik pada zamannya, iaitu Sarah. “(Syaikh Musthofa Al Adawi, Tarbiyatul Abna ‘Bagaimana Nabi SAW Mendidik Anak, Media Hidayah, Jogjakarta, 2005. Hal. 55)

Cucu yang dimaksudkan oleh Syaikh Mustafa al-Adawi adalah cicit mengikut bahasa kita Zaman Sekarang . ini kerana menurut Jihad Muhammad Hajjaj yang berpunca dari Qashashu al-Anbiya, hlm. 222, Nabi Ishaq ‘alaihissalam yang merupakan anak dari Nabi Ibrohim’ Alaihissalam dan Sarah, menikah dengan Ribka binti Betwaeil.

Dari pernikahan dengan Ribka itulah terlahir Esau dan Nabi Ya’qub ‘alaihissalam yang merupakan ayah dari Nabi Yusuf’ Alaihissalam. (Jihad Muhammad Hajjaj,( Umur & Silsilah Para Nabi, Qisthi Press, Jakarta, 2010. Hal. 79)

Kesimpulannya kalau kita melihat ada anak yang tidak mirip dengan ayah atau ibunya, ataupun anak kita sendiri tidak mirip wajah kita!! sebaiknya kita tidak berburuk sangka apalagi menuduh bahawa anak Itu adalah hasil dari hubungan telarang . Kerana seorang anak memang boleh , tidak mirip ayah ibunya Langsung tetapi mirip dengan ahli keluarga atau saudara, datuk, ibu saudara, nenek, walaupun begitu sebagai orang dewasa wajib tahu jaga batas-batas pergaulan supaya perolehi anak keturunan yang baik-baik.

Comments

comments