Kenali G6PD serta 11 Makanan dan Bahan Wajib Elak

Apakah G6PD ?

G6PD (Glokosa – 6 – Fosfat Dehidrogenase) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan. Apabila sel darah merah tidak lagi mampu mengangkut oksigen dengan berkesan ke seluruh tubuh, keadaan dikenali sebagai anemia hemolytik muncul.

Tambahan kepada anemia hemolytik, seseorang yang kekurangan G6PD boleh menjangka beberapa manifastasi klinikal pada keadaan mereka. Ini termasuk demam kuning baru lahir, sakit perut dan/atau sakit belakang, pening, sakit kepala, dispnea (pernafasan tidak teratur), dan palpitasi (Cecil, 1992).

Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit. Ia adalah satu fenomena keturunan yang melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan perempuan, tetapi lebih sering dialami oleh bayi lelaki. Ia secara am.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah.
Info dari Wikipedia

Tanda-tanda sekiranya termakan ubat atau makanan yang tidak sesuai
* Anak kelihatan pucat akibat sel darah merah musnah dengan lebih cepat
*Anak mungkin mendapat kuning (jaundis) dengan serta merta
*Air kencing berdarah atau berwarna teh pekat
* Letih / lesu dan tidak bermaya
* Demam

Rawatan kekurangan G6PD ialah dengan cara pencegahan

1. Ujian penyaringan G6PD dilakukan di semua hospital dan klinik perbidanan ke atas bayi-bayi yang baru lahir dengan mengambil spesimen daripada darah tali pusat bayi. Bayi tidak patut dibenarkan pulang dari hospital tanpa pengetahuan status G6PDnya.

2. Jika diagnosis defisiensi G6PD telah dibuat, pencegahan daripada hemolisis perlu dilakukan dengan cara pengajaran berkenaan ubat-ubatan dan bahan-bahan makanan yang patut dielakkan daripada pesakit. Mereka patut memakai rantai “medic alert” yang memberi maklumat mengenai penyakit kekurangan enzim G6PD. Satu senarai ubat-ubatan juga perlu diberi kepada pesakit supaya mereka dapat menunjukkan kepada doctor apabila mereka memerlukan rawatan.

3. Jika pesakit termakan ubat-ubatan pengoksida seperti dalam senarai yang ada dan dimasukkan ke wad dengan hemolisis akut, pemindahan darah mungkin perlu diberi jika hemolisisnya terlalu teruk. Apabila ubat atau makanan yang terlibat dihentikan, proses hemolisis berhenti dan pemulihan secara spontan berlaku. Kesan sampingan berpanjangan amat jarang berlaku.

4. Pengidap kekurangan G6PD biasanya tidak perlu dirawat melainkan dia telah menunjukkan simptom-simptom atau tanda-tanda komplikasi.

5. Sekiranya anda adalah pengidap G6PD, anda perlu perlu mengelakkan sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti memakan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat dan meminum air kosong dengan terlalu banyak melebihi sejag air dalam sesuatu masa dimana anda tidak bersenam, tidak penat, tidak kehausan, dan tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula atau nutrien yang tinggi pada sesuatu masa.

6. Anda juga harus memberitahu doktor anda tentang status G6PD setiap kali berjumpa doktor anda kerana ada beberapa jenis ubat yang mungkin tidak membolehkan anda mengambilnya.

SENARAI YANG TIDAK BOLEH DI AMBIL !!!!

  • Primaquine
  • Chloroquine
  • Quinine
  • Sulfanilamide
  • Sulphacetamide
  • Sulphapyridine
  • Sulphamethoxazole (Bactrim)
  • Dapsone
  • Nitrofurantoin
  • Ciprofloxacin
  • Methylene Blue
  • Nalidixic Acid
  • Napthalene ( Moth balls)*Avoid all Chinese and Malay medications *For the first 3 weeks of life, do not use clothes exposed to mothballs.
  • kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol.
  • Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.
  • Fava Bean (jenis kacang parang)
  • Naphtalene (Ubat Gegat)
  • Ubat tradisional
  • Parabenecid
  • Dimercaprol
  • Dapsone
  • Procainamide
  • Para-Aminobenzoic Acid
  • Silver Sulphadiazine Cream
  • Methylene Blue

Ubat untuk Merawat Malaria:

  • Choroquine
  • Hydroxycloroquine
  • Primarquine
  • Pamaquine
  • Quinine
  • Mepacrine (Quinacrine)

Ubat Penahan Sakit

  • Acetylsalicylic Acid (Aspirin)
  • Phenacetin (Acetophenetidin)
  • Aminopyrine (Amidopyrine)

Ubat Antibiotik

  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole (Bactrim)
  • Furazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurantoin
  • Nitrofurazone
  • Para-Aminosalicy Acid
  • Ubat-ubatan berasaskan Sulfur dan sebagainya
  • Sulfapyridine
  • Sulfasalazine

Tips untuk ibu bapa

  1. Ibu Bapa perlu alert setiap pemakanan anak-anak
  2. Jika Hantar ke rumah pengasuh atau tadika , Bekalkan list apa yang tidak boleh di ambil
  3. pakaikan dengan rantai medical, biasa saya tgk ada yang buat gelang.
  4. Sentiasa Ingatkan pada anak-anak tentang pantang larang

Comments

comments

Reply