no comments

Kajian: Ibu Bapa Ketagih Gajet Menyebabkan Anak Perangai Buruk

Memiliki telefon pintar atau sinonimnya digelar gajet adalah keperluan manusia masa kini untuk berhubung dan terus sentiasa atas talian dalam sistem telekomunikasi zaman sekarang.

Hampir setiap orang memiliki telefon pintar persendirian dan mempunyai akaun media sosialnya sendiri dalam arus kemajuan.

Tapi apa yang menyedihkan, ibu bapa yang menghabiskan masa dengan gajet memberi impak negatif kepada anak-anak. Kajian terbaru oleh University of Michigan di C.S Mott Children ‘s Hospital mendapati, tingkah laku anak yang buruk berkait rapat dengan masa yang dihabiskan oleh ibu bapa pada gajet.

Kajian melibatkan 170 ibu bapa di Amerika ditanya mengenai berapa lama mereka menggunakan telefon pintar dan kesan kominikasi bersama anak-anak.

Para ayah dan ibu ini kemudian diminta menilai dan mengukur berapa kerap anak merengek dan merajuk, dan mungkin mempunyai tingkah laku negatif lain seperti hiperaktif dan sering marah.

Penyelidik mendapati bahawa penggunaan gajet berlebih oleh ibu bapa memberi kesan pada tingkah laku kanak-kanak yang kurang baik. Salah satu sebabnya adalah anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa, anak-anak merasa tersisihkan. Interaksi dengan anak pun jadi berkurangan dan tidak terjalin dengan baik.

Kurang Masa Bersama

Anak-anak akan banyak lebih menumpukan perhatian terhadap permainan games yang terdapat di dalam telefon pintar seterusnya hal ini akan berkurangnya komunikasi antara anak dan ibu bapa menjadikan masa bersama keluarga agak kurang. Sepatutnya apabila masa bersama keluarga harus mengenepikan hal-hal gajet dan mementingkan hal kebajikan anak-anak.

Anak Menjadi Semakin Liar

Disebabkan anak-anak terdedah dengan media sosial dan pengaruh game, anak-anak mungkin akan bersifat pemarah dan bersikap terburu-buru apabila berkehendakkan sesuatu.

Nilai Moral Menjadi Semakin Kurang

Melihat kepada pengaruh-pengaruh media barat, seperti membuat aksi yang tidak sepatutnya menjadi ikut-ikutan anak-anak. Selain itu, video yang tidak ditapis menyebabkan kehilangan moral dan ahklak anak-anak.

Andai kata suatu hari nanti, siapakah yang menjadi pelapis-pelapis kepimpinan negara kita. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh dan ia betul-betul berlaku zaman sekarang. Tidak dapat dinafikan bahawa pegangan agama menjadi tiang kepada ketamadunan sesebuah negara itu. Ibu Bapa seharusnya mendidik anak-anak untuk membuat kerja-kerja rumah, menolong ibu bapa supaya ada nilai kekeluargaan yang baik.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, ada beberapa tips yang boleh diambil sebagai cadangan:

Jangan fully charge gadjet. So kadar penggunaan takkan lama

Jangan ajar anak cara nak unlock gadjet. So kalau ank tak tahu password, dia akan mintak kita as parents yang bukak..masa kita bukak tu boleh la guna tektik saya tu which is turn of bekalan internet (kalau anak jenis suka tgk utube)

Pastikan anak tahu gadjet tu adalah milik peribadi kita bukan mainan yang boleh suka-suka hati nak guna.

Try alih perhatian tatkala nak main gadjet. Kadang2 saya ajak anak baca buku, colouring, main masak-masak kt dapur, siram pokok atau ape2 lah taknak dia tengok gadjet. Sebab tu weekend saya lebih suka keluar jalan-jalan berbanding duduk di rumah

Comments

comments