Jika Wujud 7 Tanda Ini, Anak Anda Mungkin Akan Menjadi Psikopat Dan Mengalami Gangguan Mental Apabila Dewasa

Psikopat adalah sejenis gangguan mental yang boleh dikesan melalui tingkah laku seseorang yang anti-sosial dan sering mendatangkan keburukan kepada individu sekeliling.

Seorang psikopat bukanlah dikategorikan sebagai ‘orang gila’ kerana psikopat menyedari akan perbuatannya sendiri. Dalam kes-kes jenayah, psikopat biasanya terdiri dalam kalangan pembunuh yang melakukan pembunuhan secara kejam, perogol dan sebagainya.

Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang kanak-kanak mungkin akan menjadi psikopat boleh dikesan seawal usia tiga tahun lagi.

Permasalahannya, majoriti ibu bapa tidak merasakan tanda-tanda yang berlaku pada diri anak-anak adalah penting bagi menunjukkan perkembangannya pada masa hadapan.

 

J.M. Macdonald yang merupakan seorang pakar psikiatri Amerika telah melakukan penyelidikan tentang tingkahlaku 100 penjenayah dan beliau mendapati kebanyakan penjenayah seperti pembunuh bersiri mempunyai ciri-ciri seperti yang akan dijelaskan di bawah semasa zaman kanak-kanak mereka.

#1 Gemar melakukan kekejaman terhadap haiwan

Kekejaman terhadap haiwan merupakan salah satu tanda yang amat penting dan ketara untuk melihat gangguan ini dalam diri kanak-kanak.

anak sakit mental, kanak-kanak sakit mental, penderaan mental pada kanak-kanak, penderaan jiwa pada kanak-kanak, anak menjadi psikopat, tanda anak ada masalah mental

Jika anak anda melampaui batas dengan bertindak melakukan perkara seperti menarik ekor kucing, membaling batu kepada anjing atau membunuh haiwan, anda perlu mengambil langkah seterusnya.

Tindakan sedemikian merupakan cara pembunuh bersiri melepaskan marah mereka iaitu dengan melakukan kekejaman kepada haiwan yang tidak terdaya untuk melawan semula.

Buktinya, lihat gambar pembunuh bersiri Amerika yang bernama Jeffrey Dahmer ini. Perhatikan cara dia memegang anak kucing tersebut. Setelah dewasa, Jeffrey menjadi seorang penjenayah yang kini berhadapan dengan 15 hukuman mati.

anak sakit mental, kanak-kanak sakit mental, penderaan mental pada kanak-kanak, penderaan jiwa pada kanak-kanak, anak menjadi psikopat, tanda anak ada masalah mental

wikipedia

#2 Suka membakar harta benda dengan sengaja

Jika kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk menyebabkan kebakaran sama ada kecil mahupun besar, anda harus ambil perhatian kerana ini merupakan tanda kedua terpenting dan juga kaedah lain untuk melepaskan perasaan marah serta memberontak.

#3 Selalu kencing semasa tidur

Tidak semestinya semua kanak-kanak yang kencing semasa tidur akan menjadi penjenayah kejam pada masa hadapan. Namun, keadaan ini adalah perkara yang memalukan bagi mereka dan jika ibu bapa gagal menangani isu ini dengan baik, maka kanak-kanak boleh berubah menjadi individu yang pemarah.

anak sakit mental, kanak-kanak sakit mental, penderaan mental pada kanak-kanak, penderaan jiwa pada kanak-kanak, anak menjadi psikopat, tanda anak ada masalah mental

Misalnya, Andrei Chikatilo selalu dipukul ibunya setiap kali dia kencing malam. Lama-kelamaan, dia mula melakukan perkara jahat kepada kanak-kanak lain dan merasa seronok melihat kanak-kanak tersebut menderita atas kelakuannya.

#4 Gemar melanggar peraturan

Kanak-kanak normal biasanya akan menipu atau mengakui kesalahan masing-masing. Tetapi bagi kanak-kanak psikopat, mereka cenderung berasa seronok ketika melakukan kesalahan.

 

Contohnya di dalam filem Harry Potter yang mempamerkan babak zaman kanak-kanak Voldemort. Voldemort telah mencuri mainan daripada kanak-kanak lain kerana dia suka melihat orang lain kehilangan sesuatu yang penting pada mereka.

#5 Menipu tanpa rasa menyesal

 

Penipuan biasanya terpaksa dilakukan oleh kanak-kanak disebabkan perasaan takut akan hukuman yang bakal dikenakan. Tetapi jika anak anda menipu tanpa sebarang rasa bersalah, sesuatu yang tidak kena berlaku pada mental mereka.

#6 Buli

Gejala buli boleh berlaku atas beberapa perkara seperti mahukan perhatian, mahukan kuasa, meniru tindakan ibu bapa dan sebagainya. Jika pembuli cenderung membuli kerana memperoleh kenikmatan melihat orang lain sengsara, maka pembuli berkenaan berkemungkinan besar mempunyai ciri-ciri psikopat dalam dirinya.

#7 Tidak sensitif

Kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri psikopat tidak menunjukkan perasaan takut kepada rakan-rakan. Malah, mereka turut tidak mengalami tekanan serta tidak memahami apa itu belas kasihan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Comments

comments

Reply