Jangan Peluk Cium Baby Kalau Muka Penuh Mekap

Siapa yang tidak sukakan bayi, bayi yang comel membuatkan ramai orang yang mahu mencium dan memeluk mereka. Apabila ibu berpantang ramai yang mengambil kesempatan ini untuk melawat ibu dan bayi dalam pantang.

Ketika inilah ramai orang yang akan datang memeluk dan mencium bayi yang baru beberapa minggu, bulan, tahun mengenal dunia. Memang seronok tengok anak kita didukung dan dipeluk oleh semua orang tapi jangan lupa ada kesannya yang mungkin boleh mengundang bahaya pada nyawa anak.

Bagi yang menziarah rumah yang ada bayi kecil, Kalau rasa keadaan diri belum cukup bersih, setakat tengok saja bayi itu cukuplah. Tak perlulah digomol-gomol, peluk cium bayi orang itu terutamanya kalau pakai makeup tebal.bahan kimia pada make up, bahan kimia pada penjagaan wajah, jangan gomol bayi. jangan cium bayi, jangan pegang bayi jika tak sihat

Bukan apa, bayi ini daya ketahanan badan dia sangat nipis. Mudah terkena jangkitan penyakit dan juga mudah terkesan kimia-kimia dalam mekap-mekap wanita-wanita ini. Muka penuh bedak setebal 2cm, mekap, gincu, celak lagi.

Belum lagi baju yang seharian tak tukar daripada pagi sampai ke malam, dengan peluh habuk dan bakteria penuh satu badan. Sampai rumah orang habis digomol peluk ciumnya bayi itu.

Mak bapa budak itu bukan tak mahu tegur, tapi takut bila sudah tegur tersentap pula dan tarik muka. Kita yang dah besar dan berakal inilah yang kena pandai berfikir.

Tak pasal-pasal budak itu kena alahan ruam dan gatal-gatal di muka dan merebak seluruh badan. Silap-silap kena penyakit. Tak salah untuk menunjukkan rasa kasih sayang pada bayi itu. Tetapi, fikirkan keselamatan dan kesihatan bayi itu. Sudah terdapat banyak kes bayi kecil terkena jangkitan orang dewasa yang peluk dan cium mereka.

Comments

comments

Reply