no comments

Jangan Hanya Pandai ‘Buat Anak’, Selebihnya Lepas Tangan Pada Satu Pihak

Bukan pasangan tak nak bekerjasama tetapi sebab salah faham. Ini dilema bila sudah berumah tangga, nak laki tolong tapi tak nak cakap. Itulah yang jadi perang dingin! Nak elak masalah ini, dua-dua kena main peranan, jom semak perkongsian daripada Intan Dzulkefli apa yang patut anda buat…

Sebagai manusia kita perlu menerima hakikat kita tidak boleh catch up semua benda dalam satu-satu masa.

Perkara ni apply dalam hubungan suami isteri juga. Isteri & suami kena sama-sama bekerjasama dalam urusan rumahtangga & anak-anak. Bukan hanya bekerjasama semasa nak membuat anak. Selebihnya lepas tangan ke satu pihak.

Tidak boleh tunjuk terer sangat. Ada isteri dia tak beri peluang langsung untuk suami ‘mencelah’ dalam urusan rumahtangga & anak-anak. A-Z dia uruskan dari urusan perbelanjaan bulanan, bayar bil, baju apa anak pakai, hal pengasuh/taska anak-anak, menu makanan setiap hari, hatta susun atur rumah pun, semua dia decide sendiri. Tak bertanya pendapat suami langsung.tanggungjawap suami, tanggungjawap isteri, tolong isteri dekat rumah, suami lepas tangan, suami tolong isteri, suami jaga anak, suami bantu urus rumah

Kemudian, bila hal ini berlarutan… lama-lama dia balik yang stress & anggap suami lepas tangan. Sedangkan ia juga berpunca dari sikapnya yang mahu uruskan segalanya sendirian sejak awal.

Kebanyakan isteri selalu anggap suami kenalah faham-faham sendiri, tetapi banyak wanita lupa banyak lelaki jenis; dia akan biarkan isterinya buat semua sebab dia lihat isterinya boleh buat.

Jadi, orang perempuan…

Ringankanlah mulut untuk minta tolong. Walau kadang ramai isteri panas hati kenapa suami tak juga reti-reti.

Ringankanlah mulut untuk tanya pendapatnya. Walau kadang ramai isteri memang tak berkenan langsung taste suaminya.

Semuanya demi menunjukkan kita hormatkan suami, menunjukkan dia adalah penting. Menunjukkan kita ni satu team.

Memang awalnya suami lipat baju tak kemas.

Memang bila dia mandikan anak malam hari pun pakai baju siang lengan pendek.

Memang bila dia masuk dapur & masak-masak terus berkecah dibuatnya.

Arghhh… rasa macam nak suruh dia stop & jangan buat lagi semua tu sebab sakit mata tengok kerjanya tak senonoh.

Tetapi…
Isteri kena sabar. Selagi dia ikhlas tunjukkan effort mahu membantu kita ringankan urusan rumahtangga, buat-buatlah tutup mata. Tutup juga mulut daripada bagi komen pedas.

Sebaliknya ucaplah terima kasih. Pujilah hasil kerjanya.

Dah agak-agak bagi pujian ayat manis barulah add on sikit kritikan & cadangan membina di hujung ayat. Hihi. Syaratnya mestilah dengan cara sopan. Bukannya perli.

Orang tua-tua cakap, orang lelaki ni kalau dah dibiasakan buat kerja rumah, nanti hasil kerja lebih kemas & cekap dari orang rumah (isteri).

Ingatlah pesan Imam Hassan al-Banna tentang perkahwinan; “Kehidupan rumah tangga adalah ‘hayatul amal’ yang diwarnai oleh beban-beban & kewajiban, yang bukan semata kesenangan & romantik, melainkan tolong-menolong dalam memikul beban kehidupan & juga bebanan dakwah.

Comments

comments