Mesti Ramai Ibubapa Tidak Setuju Dengan Isu Jangan Ajar Anak Menabung. Baca Dulu Pasti Setuju

Jangan ajar anak kita menabung selagi mereka tidak memahami erti nilai. Ianya diibaratkan seperti menyuruh orang yang tidak mengantuk untuk tidur. Dia liat mahu buat.

Jadi, cara yang sebetulnya adalah ajar mereka nilai duit itu terlebih dahulu. Saya beri anak saya, Umar, RM2 setiap hari ke sekolah kecuali pada hari Sabtu dan Ahad serta MC ataupun ponteng sekolah.

Setiap kali keluar pergi ke mall, restoran, Petronas, suruh dia bawa duit itu. Belikan dompet, saya belikan dompet  Mickey Mouse dari kedai Eco yang berharga RM2 sahaja. Jadi, apa-apa yang dia minta, saya suruh dia guna duit dia. Ajar dia macam mana nak tengok tag harga.

jangan ajar anak menabung, ajar anak tentang kewangan, ajar anak kesan tak jaga kewangan, ajar anak nilai duit, ajar anak berbelanja, ajar anak berjimat

Sebagai contoh : RM5.5o, saya akan beritahu 5 keping RM1. Jadi dia kira 5 keping. 

Tetapi, apa yang membuatkan saya terkejut adalah apabila Umar menjadi seorang yang boros. Dia suka beli Suprise Egg Kinder, Choki Choki, Twiggies dan lain-lain. Sehinggalah pada suatu hari dia termenung. 

Saya tanya kenapa. Umar beritahu saya yang duit dia sudah hampir kehabisan dan dia perlu kembali menabung dan berjanji tidak mahu membazir. Allah!. Akhirnya dia sudah memahami nilai duit. jangan ajar anak menabung, ajar anak tentang kewangan, ajar anak kesan tak jaga kewangan, ajar anak nilai duit, ajar anak berbelanja, ajar anak berjimat

Sejak daripada hari itu, dia sudah mula menabung tanpa saya terpaksa mememekik. Budah berusia 4 tahun pun sudah faham yang sekiranya mereka mahukan sesuatu, mereka perlu berusaha.

Sekiranya dia minta untuk guna duit tabungnya itu, suruh dia bawa dompet lebih, dompet kosong. Lepas itu tunjuk pada dia yang duit kita mahu habis. Anak kecil kurang faham dengan audio, mereka lebih memahami visual. Mereka tengok, mereka faham.

Lepas itu, dua minggu kami keluar, Umar sudah tidak minta apa-apa. Terkatup rapat mulut dia. Tiap-tiap hari belek dompet dia, tahu-tahu, minggu ketiga dia belikan Cheezy Wedges untuk saya. Terharu. Rupa-rupanya selama ini dia kumpul duit untuk saya rupa-rupanya.

Tetapi, hanya bagi duit sewaktu mahu ke sekolah. Biar dia faham yang kita pergi kerja untuk mencari duit, untuk belanja beli barang keperluan. Bab buat kerja rumah, tolong jangan berikan mereka sebarang upah sebab itu adalah tanggungjawab mereka. Didik mereka untuk buat secara percuma dengan ikhlas. Sebab takut mereka nanti akan jadi seorang anak yang money oriented. Sikit-sikit minta duit.

Sumber : Shanaa Amirah

Comments

comments

Reply