Jad Haris Anak Genius. ‘Bermain’ Nombor Sejak Dalam Kandungan!

Jad Haris Sabaruddin, seorang anak kecil berusia 13 tahun  namun punya kepandaian luar biasa dalam subjek Matematik. Merupakan permata hati buat pasangan suami isteri, Doktor Roslin Mohd Taha, 43 dan Doktor Sabaruddin Abdullah, 43 tahun.

 

Namanya pernah terpapar di dada-dada akhbar, menjadi antara dua pelajar Malaysia pertama yang berjaya memenangi pingat emas di Pertandingan Matematik  Peringkat Sedunia kaedah Sakamoto di Filipina tahun lalu. Pencapaian ini cukup membanggakan bukan sahaja buat diri dan ahli keluarganya malah seluruh rakyat Malaysia umumnya

Kenal Matematik Sejak Dalam Kandunganjad haris, jad haris anak genius, jad haris pakar matematik, jad haris genius matematik, pendidikan matematik

Mengimbau kembali memori seorang ibu sepanjang tempoh kehamilannya mengandung buat kali ke dua, menurutnya tiada apa yang istimewa. Cuma ada satu perkara yang berlaku dan ini menjadikan pengalaman mengandung Jad punya kisahnya yang tersendiri.

“Sepanjang tempoh mengandung, saya tiada amalan tertentu cuma berbezanya ketika kehamilan tersebut saya jadi susah untuk tidur malam. Bila berjaga sorang-sorang tu, saya buka telefon dan ‘melayan’ pelbagai games yang berkaitan nombor dan penyelesaian masalah. Boleh dikatakan ada waktu sahaja, saya suka main games matematik dan juga bermain puzzle.

“Mungkin dari sini juga minat Jad dipupuk sejak dalam kendungan lagi. Alhamdulillah, Jad memang suka mengira dan sejak umur 5 tahun lagi dia sudah boleh menyelesaikan permasalahan matematik dengan pantas dan tepat.jad haris, jad haris anak genius, jad haris pakar matematik, jad haris genius matematik, pendidikan matematik

 

“Ketika itu saya dan suami telah nampak keupayaan dan kelebihan Jad dalam subjek matematik. Sebagai ibu bapa kami rai setiap potensi anak-anak.  Anak sulung Nur Alyssa, 14 tahun kini di Kolej PERMATA pintar Negara, manakala Umar Jawwad, 5 tahun lebih kepada bidang seni dan yang paling bongsu adalah Jada Ayesha, 3 tahun.

jad haris, jad haris anak genius, jad haris pakar matematik, jad haris genius matematik, pendidikan matematik

“Setiap antara mereka punyai kecenderungan yang berbeza-beza. Sebagai ibu bapa, kami berikan galakan atas setiap potensi, kelebihan dan bakat anak-anak kami. Selebihnya saya sekeluarga cukup berterima kasih dengan pihak sekolah yang telah menggilap bakat dan kebolehan anak-anak kami hingga sampai ke tahap ini” ujar Dr Roslin di awal bicaranya.

Rutin harian Jad Haris 

 

“Saya mula melibatkan diri dalam bidang ini sekitar tahun 2014 iaitu ketika berada di tahun 3. Namun begitu, saya berhenti seketika pada tahun 2016 dan menyertainya semula pada tahun 2017.

“Saya berasa sangat gembira dan teruja dengan pencapaian yang diterima di Pertandingan Matematik  Peringkat Sedunia kaedah Sakamoto di Filipina yang lalu apabila dianugerahkan dengan pingat emas. Oleh itu, saya berhasrat untuk terus menceburkan diri dalam Sakamoto dan berusaha sebaiknya untuk meningkatkan lagi prestasi saya pada masa akan datang.

“Saya juga seperti kanak-kanak yang lain, setiap waktu diisi dengan penuh kegembiraan  dengan bermain dan bukan hanya tertumpu pada pembelajaran semata-mata. Antara aktiviti yang selalu saya lakukan ialah beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga. Selain itu, pada masa lapang saya suka bermain permainan video serta melakukan aktiviti menguji minda seperti Sudoku dan menjawab soalan berbentuk kuiz dan IQ Test daripada buku-buku yang dibeli ibu bapa saya,” jelas Jad Haris yang juga bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera bila dewasa nanti.jad haris, jad haris anak genius, jad haris pakar matematik, jad haris genius matematik, pendidikan matematik

5 tip untuk hebat subjek matematik dari Jad Haris

  1. Perlu ada minat yang mendalam terhadap matematik.
  2. Fokus serta mengikuti pembelajaran matematik sebaiknya.
  3. Belajar matematik dengan bersungguh-sungguh.
  4. Berusaha memahami dan mendalami pembelajaran matematik.
  5. Membuat banyak latihan dan mengikuti kelas tambahan matematik .
  6. Menganggap pembelajaran matematik mudah supaya tidak berasa tertekan.

 

Comments

comments

Reply