Inilah Bahaya Pemakaian Barang Kemas Pada Anak Kecil

“Seronoknya dah dapat anak perempuan. Lepas ni bolehlah belikan banyak barang kemas. Lebih-lebih lagi setiap kali tahun kelahiran anak. Mesti comel.”

Kalau dapat anak perempuan, memang ramai ibu yang bercita-cita untuk pakaikan mereka dengan koleksi barang kemas. Katanya biar lebih berseri penampilan anak. Beruntunglah anak perempuan sebab kecil-kecil dah ada koleksi barang kemas sendiri.

Kalau ada rezeki lebih memang tak salah laburkan membeli emas yang sentiasa tinggi nilainya selain sebagai lambang kasih sayang daripada ibu dan ayah terhadap anak tersayang. Namun, sedar atau tidak tindakan kita sebenarnya akan mendedahkan anak kepada pelbagai risiko bahaya yang boleh mengancam nyawanya sendiri. Apa bahayanya?

Kalau ada rezeki lebih memang tak salah laburkan membeli emas yang sentiasa tinggi nilainya selain sebagai lambang kasih sayang daripada ibu dan ayah terhadap anak tersayang. Namun, sedar atau tidak tindakan kita sebenarnya akan mendedahkan anak kepada pelbagai risiko bahaya yang boleh mengancam nyawanya sendiri. Apa bahayanya?

1. Anak mungkin diragut
Penjenayah dan peragut sentiasa memerhati sahaja peluang yang ada depan mata. Si kecil memang comel bila dipakaikan rantai atau gelang emas tapi ia sebenarnya mengundang si penjenayah untuk meragutnya dari leher atau tangan anak. Kalau dulu hanya orang dewasa sahaja yang berisiko diragut atau dirompak barang kemas tetapi penjenayah sekarang apa sahaja yang ada depan mata mereka akan ‘sapu’.

2. Anak boleh tercedera
Si kecil masih tidak tahu barang kemas yang dipakai boleh mengundang bahaya kepadanya. Mungkin ada peragut yang menggunakan kaedah psikologi dan memujuk anak menyerahkan barang kemas kepadanya dan jika dia melawan si kecil berisiko dicederakan.

3. Risiko kehilangan
Anak kecil masih tidak tahu tentang nilai harga rantai emas yang dipakainya. Dia mungkin akan bermain-main dengan barangan berharga itu dan ini sudah tentu meningkatkan risiko kehilangan. Mungkin anak kecil tak pandai buka rantai emas yang dipakai tetapi kalau anda memakaikannya cincin emas, kemungkinan dia akan cuba menanggalkannya kerana tidak selesa dan meletakkannya dii merata-rata tempat.

4. Kena alahan ruam & gatal-gatal
Jika anda pakaikan bayi rantai emas, kemungkinan juga dia akan mengalami alahan ruam dan gatal-gatal. Ini kerana bayi biasanya hanya boleh berbaring dan mereka mempunyai badan yang montel dan berlipat-lipat yang cepat berpeluh. Jadi bila rantai emas tersebut berada di bawah lipatan kulit leher tentu sahaja boleh menyebabkan alahan atau ruam dan akibat tidak selesa dia mungkin akan menangis dan meragam.

5. Berisiko kena renjatan elektrik
Bagi bayi yang sudah pandai merangkak dan meniarap, pemakaian barang kemas mungkin boleh menyebabkan mereka berisiko mengalami renjatan elektrik sekiranya gelang atau rantainya termasuk ke dalam lubang soket elektrik.

Ia bukan kisah main-main kerana ada kes yang telah berlaku kepada seorang bayi. Dalam kejadian yang tular di laman sosial beberapa hari lalu yang dimuatnaik oleh pengguna Facebook Kittisak Chimmanee, menunjukkan beberapa keping gambar seorang bayi telah mengalami kecederaan teruk akibat terkena renjatan elektrik.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Songkhla, Thailand itu dikatakan berlaku apabila loket gelang tangan bayi tersebut telah termasuk ke dalam lubang soket elektik.

Katanya bayi itu merangkak melalui ‘extension’ tersebut dan loketnya termasuk betul-betul dalam lubang soket menyebabkan renjatan elektrik berlaku.

Bayi tersebut bagaimanapun bernasib baik kerana kejadian itu tidak meragut nyawanya walaupun luka terbakar yang dialaminya agak teruk.

Kejadian ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada ibu bapa supaya lebih berhati-hati. Pemakaian barangan kemas pada bayi dan kanak-kanak memang tidak salah tetapi jika terlalu banyak risiko bahaya di luar kawalan kita, maka lebih baik pertimbangkan dahulu keinginan untuk menghias bayi perempuan anda.

Comments

comments

Reply