no comments

Inilah 7 Kelakuan Anak Yang Akan Membahayakan Jika Diabaikan. Ibu Bapa Jangan Lepas Tangan Ya

Menjadi ibu dan bapa adalah perkara yang sangat hebat! Namun ramai yang tidak tahu bahawa menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan usaha untuk memastikan anak membesar dengan sopan, dididik dengan betul dan juga boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan. Kami senaraikan tujuh jenis kelakuan anak yang boleh membahayakan jika diabaikan oleh ibu bapa.

Berdiam Diri Dengan Perbuatan Buruk Seseorang

Anda perlu menjelaskan kepada anak anda perbezaan antara mereka yang suka mengadu dengan mereka yang sentiasa berwaspada dan teliti. Anda juga perlu tenang ketika mendengar cerita anak anda dan jangan terlalu cepat untuk menghukum. Kemudian, anda perlu membantu anak anada supaya mereka memahami keadaaan supaya anda dan anak anda boleh mencari penyelesaian kepada masalah ini bersama-sama.

Persaingan Antara Adik Beradik

Anda perlu cari punca masalah ini dan pastikan anda melarang anak anda dari menyakiti adik-beradiknya secara fizikal. Bantu anak anda untuk merasakan bagaikan satu pasukan bersama adiknya yang lain dan ajar mereka untuk menyelesaikan konflik dengan adil. Terangkan kepada mereka tentang kepentingan untuk menghormati perasaan masing-masing. Cuba untuk kerap menghabiskan masa dengan semua anak anda kerana ini akan membantu untuk mengekalkan hubungan yang baik dalam keluarga.

Mencuri

Mengekalkan sikap yang betul adalah sangat penting. Sentiasa bertenang. Jika anak anda telah mencuri sesuatu buat kali pertama, anda perlu tahu motif mereka dan jelaskan kepada mereka bahawa perbuatan mencuri itu adalah salah sama sekali. Kemudain, minta anak anda untuk memulangkan atau membayar semula benda yang mereka ambil dari pemiliknya. Jika anak anda tetap meneruskan perbuatan mencuri, anda harus mendapatkan bantuan psikologi professional. Jika tidak, mereka akan terbiasa dengan tingkah laku ini.

Sikap Tidak Hormat Terhadap Individu Lain

Cari punca yang menyebabkan tingkah laku ini. Ajar anak anda dengan cara yang betul untuk menyatakan emosi dan kehendak mereka. Anak anda harus belajar untuk bertenang dan dengar. Jika anakanda terus berkelakuan angkuh, tarik semua kemudahan yang anda berikan kepadanya.

Tidak Jujur

Jangan terlalu cepat sangat marah apabila anak anda berbohong, Jelaskan kepada anak anda betapa pentingna kejujuran dan kepercayaan dalam hubungan. Ambil masa untuk memikirkan hukuman yang sesuai yang akan mengajar anak anda yang sikap berbohong itu tidak boleh diterima. Jika berbohong itu menjadi satu norma buat anak anda, ini boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius. Dalam kes sedemikian, anda harus menghubungi pakar psikologi kanak-kanak.

Merengek

Ingatkan anak anda bahawa dia perlu bercakap dengan suara yang normal. Jika anak anda masih mengulangi tingkah laku ini, anda perlu mengenal pasti apa yang salah dengan hubungan anda bersama insan yang terdekat. Anda mungkin perlu untuk membincangkan keadaan ini dengan anak anda untuk membuat dia sedar atau buat dia sedar akan kepentingannya sebagai sebahagian daripada keluarga.

Sikap Kurang Ajar

Jangan terlalu berikan banyak tekanan ke atas anak anda semasa mengajar mereka tentang adab. Sebaliknya, tumpukan perhatian kepada mengingatkan mereka untuk menjadi lebih prihatin kepada individu lain, Ia juga sangat penting untuk ahli keluarga yang dewasa untuk menunjukkan contoh yang betul kerana kanak-kanak akan mencontohi apa yang mereka lihat.

Comments

comments