Inilah 10 Cara Untuk Melindungi Anak Anda

Sebelum anda membenarkan anak anda berdikari, anda perlu mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan keselamatan mereka. Kami senaraikan 10 cara yang anda perlu ajarkan kepada anak anda untuk melindungi mereka.

Jangan Dedahkan Nama Anak

Jangan tulis nama anak anda pada barang peribadinya bahkan di beg sekolah, bekalan makanan atau botol minuman. Ini kerana barangan ini mungkin boleh diakses oleh individu asing dan mereka boleh mencari maklumat peribadi tentang anak anda dengan mudah. Apabila seseorang itu memanggil kanak-kanak dengan nama mereka dengan serta-merta dia dapat memenangi kepercayaan kanak-kanak tersebut dan akhirnya ia akan membawa bahaya kepada kanak-kanak. Idea yang paling baik adalah untuk meletakkan nombor teleofon anda dan ini dapat membantu sekiranya ada apa-apa yang hilang atau dicuri.

Larikan Diri Ke Arah Yang Bertentangan Dari Kereta

Seringkali anda mengajar anak anda untuk tidak masuk ke dalam kereta dengan individu asing. Tetapi anda juga harus mengajar anak anda sekiranya ada kereta yang berhenti berhampiran mereka dengan individu yang berada di dalam kereta cuba untuk menarik perhatian mereka, mereka perlu lari dengan pantas ke arah yang bertentangan dari kereta tersebut. Ini akan membantu mereka untuk membeli masa untuk meminta bantuan.keselamatan anak, elak anak di culik, elak anak dilarikan, ajar anak keselamatan, jaga pergaulan anak

Cipta Kata Laluan

Jika seseorang berkata kepada anak anda, “Marilah. Saya akan bawa kamu kepada ibu dan ayah kami!” Perkara pertama yang anak anda perlu lakukan adalah menanyakan individu yang tidak dikenali itu, ” Apakah nama ibu bapa saya? Dan apa kata laluan keluarga saya?” Adalah dinasihatkan untuk anda mencipta kod atau kata laluan untuk situasi kecemasan (contohnya dalam kes di mana anda perlu meminta bantuan kenalan untuk menjemput anak anda dari sekolah). Gunakan sesuatu yang tidak boleh dijangka atau perkataan yang susah untuk diteka.

Memasang Aplikasi Pengesanan

Gunakan kemajuan teknologi ini dengan sebaik-baiknya. Kini dengan adanya fungsi GPS, anda boleh memantau pergerakan anak anda dan tahap bateri telefon bimbit mereka,

Memakai Butang Jam Tangan Kecemasan

Alat butang kecemasan yang dibina dalam bentuk jam tangan, rantai kunci, gelang atau rantai. Melalui aplikasi mudah alih, ibu bapa sentiasa boleh memerhatikan lokasi anak mereka dan jika butang itu ditekan, serta-merta isyarat akan diterima oleh ibu bapa atau polis

Jerit, “Saya Tidak Kenal Dia.”

Nasihati anak anda jika ada individu yang tidak dikenali menarik mereka, ia adalah tidak salah untuk bertindak dengan menggigit, tendang, cakar dan cuba untuk menarik perhatian ramai dengan menjerit walaupun dalam keadaan yang menakutkan. Anda juga perlu mengajar anak anda bahawa mereka perlu menjerit dengan suara yang lantang: “Saya tidak kenal dia! Dia mahu mengambil saya!”

Kekalkan Jarak Selamat

Anak anda perlu tahu bahawa dia tidak diwajibkan untuk bercakap dengan individu yang tidak dikenali. Jadi, jika perbualan iu melebihi lima hingga tujuh saat, segera tinggalkan perbualan tersebut dan cari tempat yang lebih selamat. Walaupun perbualan itu berlangsung, pastikan anak anda mengekalkan jarak enam, lima hingga lapan kaki dari individu yang tidak dikenali itu. Jika individu itu mendekatkan diri, anda perlu mengajar anak anda untuk mengundurkan diri. Latih anak anda cara ini dengan menunjukkan kepadanya jarak yang perlu dia ambil.

Elak Dari Menggunakan Lif Dengan Individu Asing

Ajari anak anda untuk menunggu lif dengan belakangnya menghadap ke dinding supaya dia dapat melihat jika ada sesiapa yang datang mendekat. Dan, jika individu itu adalah seseorang yang tidak dikenali, ajari anak anda untuk mereka apa sahaja alasan untuk tidak masuk ke lif dengan individu tersebut. Pilihan yang terbaik adalah dengan berpura-pura lupa akan sesuatu atau pergi memeriksa peti mel. Jika individu di dalam lif itu berterusan untuk mengajak anak anda untuk masuk ke dalam lif, ajari anak anda untuk menjawab dengan sopan, “Ibu bapa saya mengatakan bahawa saya hanya boleh menaiki lif bersendirian atau dengan jiran sahaja.” Beritahu anak anda, sekiranya dia ditarik masuk ke dalam lif, ia adalah amat penting untuk melawan, menjerit dan menggigit sehingga dewasa datang untuk menyelamatkan mereka.

Jangan Beritahu Keberadaan Ibu Bapa

Jelaskan kepada anak anda bahawa jika ada panggilan di pintu namun mereka tidak dapat melihat siapa di luar dan tidak menjawab sekiranya ditanya soalan, “Siapa di sana?” Dia tidak perlu membuka pintu tersebut. Anda juga perlu pastikan anak anda untuk tidak memberitahu kepada individu asing jika ibu bapa mereka tiada di rumah walaupun “tetamu” itu mendakwa sebagai kenalan anda atau mengatakan bahawa dia adalah pekerja yang ditugaskan untuk membetulkan sesuatu. Jika dia masih cuba untuk memecah masuk, kanak-kanak perlu menelefon ibu bapa atau jiran dengan segera.

Elakkan Dari Berjumpa Kawan Dalam Talian

Beri amaran kepada anak anda bahawa dalam dunia hari ini, penjenayah boleh mencari mangsa mereka melalui Internet dan jika seseorang dalam talian berkata dia adalah jiran rumah sebelah, dia tidak semestinya adalah kanak-kanak yang berusia 10 tahun seperti yang didakwa. Sembang di dalam talian ini sangat membahayakan kerana ia boleh membuatkan anak anda terdedah kepada individu yang berbahaya. Anda perlu mengingatkan anak anda untuk tidak memberitahu segala maklumat peribadi kepada individu asing dan yang paling penting menghantar gambar dan juga mengajar untuk berjumpa. Ajar anak anda untuk sentiasa menolak jemputan untuk bertemu secara peribadi.

Comments

comments

Reply