Ibu Ini Sedang Hamil,Namun Telatah Anak Berusia 2 Tahun 8 Bulan Membantu Buat Kerja Rumah Menyentuh Hatinya

Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya, kalau mahu mendidik anak biarlah sejak mereka masih kecil. Itulah yang dilakukan oleh seorang ibu muda dari Veitnam yang dilihat telah berjaya mengajar anaknya berdikari dan melkukan kerja-kerja rumah walaupun masih kecil.

Baru-baru ini, beberapa gambar kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 8 bulan yang sedang mencuci pinggan mangkuk telah dimuat naik di media sosial ibunya, To Thi Anh Phuong yang tinggal di Viet Tri, Phu Tho, Vietnam. Melihat akan apa yang dilakukan anak kecil itu, pelbagai respons diterima yang rata-ratanya memuji ibu tersebut kerana bijak mendidik anak kecilnya membantunya melakukan kerja-kerja rumah.

Menurut Phuong yang kini sedang hamil anak ketiga, pada hari itu mereka sekeluarga telah selesai makan bersama dengan tetamu mereka. Memandangkan ada tetamu ketika itu, jadi mereka tidak segera meninggalkan meja makan atau mencuci mangkuk dan penyepit yang telah digunakan malah terus berbual-bual di meja makan tersebut bersama dengan tetamu mereka.anak lelaki yang baik, cara didik anak lelaki, didik anak lelaki, anak lelaki bantu ibu, anak lelaki kemas rumah, anak lelaki basuh pinggan

Pada masa itu, Teo, anaknya yang kedua yang baru berusia 2 tahun 8 bulan, mula mengutip peralatan kotor di atas meja dan dengan perlahan telah berkata bahawa selepas makan pinggan haruslah dibasuh. Mereka yang mendengar kata-kata si kecil itu terus ketawa.

Ibu muda itu mengatakan bahawa itu adalah perkataan yang sering dia katakan selepas makan, sehingga hari ini jika ibunya tidak mencuci pinggan mangkuk yang kotor, anaknya itu mengatakan hal yang sama seperti yang selalu dikatakan oleh ibunya.

Phuong kemudian segera bangun untuk mencuci piring, mangkuk dan penyepit, tetapi Teo berkata: “Saya sudah besar, jika ibu mencuci dengan perut yang besar itu ibu akan berasa letih, biarkan saya sendiri yang mencuci.”

Mendengar kata-kata anak kecilnya Phuong terus tersentuh sehingga hampir mengalirkan air mata, tetapi ibu itu tetap tidak meninggalkan anaknya malah turut bersama membantu Teo sehingga selesai.

Selepas berkongsi mengenai anak comelnya itu di media sosial, cerita mereka terus menjadi viral.anak lelaki yang baik, cara didik anak lelaki, didik anak lelaki, anak lelaki bantu ibu, anak lelaki kemas rumah, anak lelaki basuh pinggan

Phuong memberitahu, Teo adalah seorang anak lelaki yang sangat baik, dia sangat menyayangi ibu bapanya dan dia juga seorang yang sangat kemas.

Sejak berusia 2 tahun, dia telah belajar menyapu rumah, menggantung pakaian, menyimpan barang, mencuci, memetik sayuran, mencuci sayuran untuk membantu ibunya. Dia telah banyak membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah terutama ketika ibunya sedang mengandung.

Phuong memberitahu bahawa banyak keluarga yang takut untuk membenarkan anak-anak mereka melakukan kerja rumah kerana mereka takut anak-anak mereka akan “letih atau tidak mempunyai masa untuk bermain.”

Tetapi berbeza pula dengan Phuong, menurutnya “Semakin banyak yang dipelajari oleh kanak-kanak ketika kecil, semakin cepat mereka belajar untuk berdikari. Mereka juga akan menjadi lebih taat, lebih baik dan lebih mencintai keluarga mereka.

“Saya tidak melarang dia melakukan apa sahaja yang disukainya, dia boleh melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh anak-anak lain, tetapi hakikatnya, dia lebih suka melakukan kerja rumah.”

Ibu muda ini mempunyai teknik mengajar anak yang tersendiri. Dia tidak memaksa anak-anak malah dia dan suaminya, sering menjadi cermin dan model teladan untuk anak-anak mereka.

Menurutnya lagi, jika di rumah, dia dan suaminya bergilir-gilir melakukan kerja-kerja rumah. Mereka juga sentiasa menjaga kebersihan di hadapan anak-anak mereka. Kemudian secara beransur-ansur mereka mula mengajar anak-anak untuk melakukan kerja-kerja rumah.

Melihat akan apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka, Teo dan kakaknya juga sering bergilir-gilir melakukan kerja-kerja rumah.

“Ada orang berpendapat bahawa kanak-kanak seperti mereka hanya perlu bermain, tetapi bagi saya, saya hanya mahu anak-anak saya belajar berdikari dengan segera.”

Setiap hari, Phuong perlu membantu dalam menjaga perniagaan keluarga dan dalam masa yang sama dia juga perlu menjaga rumah tangganya. Namun begitu, dia tidak pernah penat kerana anak-anak kecilnya merupakan motivasi yang besar baginya untuk berhadapan dengan semua tanggungjawab itu.

Comments

comments

Reply