Inilah Ciri-Ciri Ibu Bapa Bersikap ‘Kiasu’

” Eleh, Anak aku umur 2 tahun dah pandai mengeja dan tulis nama sendiri “

Kiasu ialah dialek dalam bahasa Cina yang bermaksud takut kalah. Bagi masyarakat Melayu pula iaitu ‘tak mahu kalah’. Sikap kiasu ni biasanya dikaitkan dengan masyarakat Cina, apatah lagi perkataan tersebut asalnya dari dialek Hokien.

Ramai ibu bapa kini menjadi kiasu bila bercerita perihal anak-anak. Mungkin anak pertama, keterujaan mereka itu lain macam. Dengan pelbagai aplikasi sosial yang ada, bertambahlah sikap kiasu ini ditonjolkan atau dimuatnaikkan dalam laman media sosial itu.kiasu, ibu bapa kiasu, adik beradik kiasu, sikap kiasu, sikap ibu bapa kiasu

Tidak menjadi masalah untuk bersikap kiasu ini. Jadilah kiasu yang menghidupkan iaitu ia memotivasikan, menonjolkan semangat ingin berjaya, bersemangat, gigih berusaha untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Kiasu yang mematikan pula ialah kiasu yang ‘tak mahu kalah, dan tak mahu orang lain menang’. Sesiapa yang menghidap penyakit kiasu negatif ini memang berbahaya kerana mereka berpotensi untuk membuat apa saja bagi menjatuhkan pesaingnya.

Bercakap tentang kiasu dalam kalangan ibu bapa, sifat-sifat yang terserlah dari awal kelahiran si anak, hinggalah si anak besar panjang. Misalnya:

  • Anak dia sajalah yang tembam, anak orang lain kurus-kurus
  • Anak dia sajalah yang advance, anak orang lain biasa saja
  • Anak dia sajalah yang cepat, anak orang lain lembab

Biasa kita dengar dialog begini:
Ibu Biasa “Anak aku dah pandai berjalan semalam semasa umur 13 bulan!”
Ibu Kiasu “Hmm.. biasa je. Anak aku umur 7 bulan dah berlari”

Di atas itu adalah sifat-sifat kiasu negatif yang patut kita buangkan. Raikan bersama-sama kegembiraan sahabat, itukan lebih baik. Sekarang ni kita tengok ramai ibu bapa yang punya kiasu positif, terutama dalam pendidikan anak-anak. Seawal di alam rahim, anak-anak sudah diberi rangsangan agar menjadi pintar.

Namun sikap kiasu ini banyak yang negatifnya daripada positif. Kadang-kadang sikap ini tidak disedari dalam diri setiap ibu bapa.Walau bagaimanapun, ibu bapa tidak haruslah berkiasu sangat. Cukuplah hanya suami atau keluarga yang terdekat tahu bagaimana anak anda. Jika ia bertujuan untuk dikongsi atau bercerita mungkin tiada masalah.

Comments

comments

Reply