no comments

Langkah Kementerian Halang Jual Makanan Tak Sihat di Kantin Disokong

Sebagai ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah dari segi pemakanan. Kebanyakan ibu bapa sudah didedahkan tentang pentingnya memberikan makanan yang sihat untuk anak-anak.

Selain itu, ibu bapa juga tidak digalakkan memberi makanan siap diproses seperti sosej, nuget, dan banyak lagi kepada anak-anak kerana makanan seperti itu mengandungi bahan perisa dan garam yang tinggi.

Sehubungan itu, apabila Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan telah mencadangkan untuk melarang beberapa jenis makanan khususnya yang siap diproses daripada dijual di kantin sekolah ia telah disokong banyak pihak.senarai makanan sihat di kantin sekolah, larangan menjual makanan tidak sihat, makanan tidak sihat di kantin sekolah, makanan di jual di kantin sekolah, jualan makanan di kantin sekolah

Pakar Pemakanan dan Nutrisi, Shazamawati Zam Hashari memaklumkan makanan seperti itu tidak baik terutamanya untuk tumbesaran kanak-kanak selain boleh menganggu sistem biokimia badan.

Beliau berkata, kanak-kanak sepatutnya dibekalkan dengan makanan yang sihat dan berkhasiat bukan didedahkan kepada makanan siap proses.

Katanya, beliau sangat bersetuju serta mencadangkan semua pengusaha kantin sekolah diberi tunjuk ajar cara menyediakan makanan baik untuk tumbesaran kanak-kanak.

“Anak-anak yang sedang membesar memerlukan makanan yang sihat, segar dan berkhasiat bagi melancarkan pertumbuhan mental, fizikal dan emosi mereka dengan baik.

“Saya mengesyorkan supaya semua pengusaha kantin sekolah diberi tunjuk ajar oleh pihak kerajaan supaya mereka tahu bagaiman penyediaan makanan yang baik bagi pembesar anak-anak,” katanya.senarai makanan sihat di kantin sekolah, larangan menjual makanan tidak sihat, makanan tidak sihat di kantin sekolah, makanan di jual di kantin sekolah, jualan makanan di kantin sekolah

Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan peraturan baharu iaitu mengharamkan 13 jenis makanan di jual di kantin sekolah.

Makanan itu diharamkan di jual kerana terdapat kandungan lemak dan garam yang tinggi dan tidak sihat untuk kanak-kanak.

Antara 13 jenis makanan yang diharamkan dijual di kantin sekolah itu seperti makanan laut, kentang goreng, burger, nugget, ikan sate, kerepem, keropok, gula-gula, coklat, buah jeruk seperti mangga, mi segera, minuman 3-in-1, kopi dan teh.

Comments

comments