no comments

‘Duit mama abah bila tua’ – Sampul misteri berisi wang RM1 ditemui dalam tandas

KUALA LUMPUR – Satu dompet dijumpai di sebuah tandas di medan selera Presint 9 Putrajaya, penuh berisi wang kertas RM1.

Wang tunai RM1 itu padat diisi dalam satu sampul dengan nota tertulis ‘Duit mama abah bila tua’.

Selain wang tunai RM1, turut ditemui pada dompet itu satu gambar berukuran pasport seorang kanak-kanak bertudung seolah-olah baru selesai gradusi tadika sambil memegang skrol beserta nama, Raudhah Umairah Binti Mursid.

Perkara itu membuatkan kita tertanya-tanya berapakah umur sebenar pemilik dompet itu apabila dia mempunyai pandangan jauh untuk menabung wang tunai RM1 demi masa depan ibu dan bapanya di hari tua.

anak belajar simpan duit, anak simpan duit untuk ibu bapa, belajar menabung, anak simpan duit, anak menabung, anak simpan duit untuk orang tua

Mungkin ada sesetengah pihak menganggap tabiat menabung RM1 itu satu perkara remah selain jumlah itu dianggap terlalu kecil.

Namun jika bagi seorang anak kecil yang masih bersekolah mungkin sanggup mengikat perut, menabung duit belanja harian ke sekolah adalah satu perkara yang mencabar dan menakjubkan jika dibandingkan golongan sebayanya.

Dompet misteri itu dikongsi pengguna sosial media Facebook Hajar Xiaojie MK atau nama sebenarnya, Siti Noor Hajar Jahaya, 26 tahun.

“Sayu rasa hati bila tengok, sebak sangat. Tebal sampul tersebut penuh dengan wang kertas RM1, mungkin dia simpan duit hari-hari.

“Kecil-kecil lagi sudah berfikir panjang untuk kedua orang tua, tengok gambar masih kecil lagi. Insaf bila tengok, moga adik terus berjaya jadi anak solehah ya,”tulis Hajar dalam status di laman Facebook.

Siti ketika dihubungi memaklumkan bahawa dia sudah cuba menghubungi ibu kepada pemilik dompet itu menerusi Facebook namun belum menerima maklum balas dari pihak mereka.

Diharapkan mana-mana individu yang mengenali pemilik sebenar dompet tersebut dapat menghubungi Hajar Xiaojie MK di Facebook.

Semoga kisah anak kecil ini menjadi contoh kepada masyarakat dalam usaha berbakti kepada ibu bapa.

Sumber: Astro Awani

Comments

comments