Murid Lain Main Kejar-kejar, Anak-anak Tahun 6 Ini Diam-diam Solat Dhuha Di Surau Sekolah

Terharu Guru Bimbingan & Kaunseling, SK Putrajaya Presint 8 (2), Hussin Bin Ismail ini apabila anak-anak murid tahun 6 ini menolak daun pintu surau sekolah. Tak lama kemudian, bunyi air wudhuk menusuk pendengarannya.

Rupa-rupanya anak-anak tahun 6 ini mula membuat saf dan solat sunat dhuha berjemaah. Guru lelaki ini begitu terkesan dengan tindakan pelajarnya sampai tak sedar air matanya mula mengalir. Gembira.. semakin sejuk hatinya. Bayangkanlah ibu-ibu yang melahirkan anak-anak ini, makin berat pahala ibu-ibu ini.

Kisah yang berlaku pada guru yang senang sekali dipanggil Cikgu Hussayn ini benar-benar berlaku depan matanya. Bagus untuk diambil ikhtibar. Kelak mak ayah boleh nasihatkan anak-anak agar ambil sedikit masa untuk solat dhuha di sekolah. Tak rugi pun.. lagi berganda-ganda rezeki.

Sejuk Hati, Sejuk Mata, Tenang Minda

Allahuakbar.. sejuk hati dan menitis airmata saya melihat situasi ini. Saat berada di surau keseorangan, tiba-tiba pintu dibuka dan terdengar bunyi beberapa orang mengambil wudhuk.

ajar anak solat dhuha, solat dhuha di sekolah, solat dhuha, didik anak solat dhuha, kelebihan solat dhuha,

Gambar Hiasan

Rupa-rupanya anak-anak tahun 6 lelaki dengan rela hati datang berjemaah solat sunat dhuha di surau selepas rehat. Sedangkan kawan-kawan mereka saya dengar masih ada yang bermain kejar mengejar di dataran sementara menunggu waktu rehat tamat.

Berbahagialah ibu ayah yang berjaya mendidik anak-anak ini dan saya sebagai guru juga turut merasa bahagia melihat mereka.

Diharapkan perkongsian saya ini dapat membuka mata ibu ayah yang lain agar turut sama menasihati anak tercinta.

Sekiranya ada waktu lapang di sekolah pada awal pagi, mintalah mereka lakukanlah solat sunat dhuha kerana banyak kebaikan yang akan hadir tanpa disangka-sangka. InsyaAllah bila solat sunat menjadi budaya maka saya yakin solat fardhu mereka takkan persia.

Ini Pesan Guru Saya

Begitu juga harapan saya pada ibu ayah di pejabat atau di rumah, kalau ada masa lakukanlah solat sunat dhuha ini. Dan kalau boleh biar mereka lihat dan nampak. Kerana pesan guru saya Drs Fauzi Zainoel Abidin semasa saya menjadi penuntut ilmu dahulu yang masih saya ingat hingga kini..

Kalau kamu mahu anak rajin membaca, maka banyakkan membaca buku di hadapannya. Kalau kamu mahu anak rajin mengaji, maka banyakkan mengaji Al-Quran di hadapannyaMaka begitulah kalau kamu mahu anak tidak tinggal solat, maka rajinlah solat di hadapannya.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan anak-anak kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat serta kita juga dapat menuai saham akhirat. Tqvm & UiLove!

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya :

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha.”

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Sumber/Foto : Cikgu Hussayn

Comments

comments

Reply