no comments

Panduan Bergambar Cara Urut Bayi Ada Masalah Hidung Tersumbat

Hidung tersumbat pada bayi boleh mengganggu dan menyebabkan anak susah tidur. Tapi sebelum beri mereka ubat, apa kata anda cuba dulu urutan semulajadi ini.

Apabila bayi hidung tersumbat akibat selesema biasa, ibu bapa sebenarnya tidak perlu memberi anak ubat pun.

Selesema boleh sembuh sendiri selepas beberapa hari. Tapi hidung tersumbat pada bayi boleh mengganggu dan menyebabkan anak susah tidur.

Kesian juga kalau tidak diberi ubat, kan? Kesian lagi ibu-ibu yang terpaksa terjaga malam-malam buta untuk menjaga anak yang demam.

Selain itu, apabila bayi hidung tersumbat, proses penyusuan turut terjejas kerana mereka sukar bernafas. Akibatnya, bayi  akan cepat merengek dan tidak dapat menghisap dengan tenang.

Cara bantu bayi hidung tersumbat tanpa guna ubat

Apabila bayi hidung tersumbat, apa kata kalau ibu bapa cuba dulu cara mengurut?

Ibu bapa cuma perlu ikut panduan bergambar di bawah ini. Caranya sangat senang dan hanya mengambil masa kurang dari 1 minit!

Minyak bayi, minyak kelapa dara ataupun minyak angin khas untuk bayi turut boleh digunakan semasa mengurut untuk memanaskan badan bayi. Jika ingin menggunakan minyak angin, jangan guna terlalu banyak kerana anda akan perlu mengurut bahagian hidung anak.

Ingat: elak dari terkena mata anak.

Langkah 1:urut anak selesema, urut anak hidung tersumbat, bayi hidung tersumbat, cara urut bayi, cara bantu bayi bernafas, masalah selesema pada bayi

Sapukan minyak pada tangan, kemudian letakkan tangan anda pada dada bayi. Urut dada bayi anda dengan lembut dalam bentuk jantung secara perlahan-lahan.

Ketika mengurut bayi dengan lembut itu, tenangkannya dengan sedikit nyanyian atau dodoian yang enak didengar.

Langkah 2:urut anak selesema, urut anak hidung tersumbat, bayi hidung tersumbat, cara urut bayi, cara bantu bayi bernafas, masalah selesema pada bayi

Urut bahagian dada anak dengan gerakan tangan yang menyilang pula. Lakukan ini secara berganti-ganti di antara menyilang ke kanan, ke kiri, ke bawah dan ke atas.

Selepas itu…

Langkah 3:urut anak selesema, urut anak hidung tersumbat, bayi hidung tersumbat, cara urut bayi, cara bantu bayi bernafas, masalah selesema pada bayi

Letakkan kedua-dua jari telunjuk pada bahagian atas hidung. Urut dengan perlahan dari atas ke bahagian bawah mata, hingga ke belakang telinga, dan berakhir di leher. Ulang sebanyak 3 kali.

Senang sahaja bukan? Apabila bayi hidung tersumbat, anda pasti dapat melegakannya dengan cara mengurut ini.

Jika ibu bapa masih kurang pasti caranya, anda boleh rujuk video tutorial di sini:

Semoga cara mengurut ini akan membantu ibu bapa mengatasi bayi hidung tersumbat. Sebagai seorang ibu yang berkerja dari rumah, saya tahu keperitan menjaga anak apabila mereka demam. Memberi ubat bukannya perkara yang tidak baik. Cuma, kadang-kadang ianya bagus juga untuk membiarkan imun anak untuk melawan penyakit.

Kita boleh cuba dulu cara semulajadi untuk melegakan simptom anak jika mereka tidak demam teruk. Jika anda pernah mencuba cara mengurut ini, kongsi bersama kami pengalaman anda.

Sumber : theasianparent

Comments

comments