Cara Atasi Anak Mengamuk Sebab Nak Beli Mainan

Ibu bapa paling serabut nak bawa anak jalan-jalan dekat mall atau supermarket. Lebih-lebih lagi waktu nak lalu depan toys department.

Bukan apa, anak yang ceria tiba-tiba boleh berubah mood sebab nampak mainan. Kalau tak dibelikan nanti, habis satu supermarket tu dia guling dan menjerit.

Tapi, kalau diikutkan kehendak anak, takut naik lemak pula. Jadi, kami kongsikan tips daripada Puan Ninnie untuk elakkan anak dari meminta belikan mainan.

Jom Baca:

Firash ni memang dari kecik lagi kami didik dia kalau nampak mainan kat mana-mana toyshop, kedai DIY, kat kaki lima dia akan tengok je sambil kata “umi, ni orang punya kan?”.

Pernah kami lalu depan kaki lima, ada sorang makcik ni main kereta control depan dia, pastu kata “adik nak ni tak?”. Si Firash ni tengok muka umi dan kata “Umi, yang tu orang punya kan? Hahhahaa.”

Sebab masa dia kecik dulu (masa tu dah faham apa yang kita bagitahu) bila dia nampak banyak toys kat kedai, dia kata nak, daddy akan terus cakap tu orang punya, tak boleh ambil.

Kalau kami nampak dia nak sangat benda tu (dia tak mengamok guling-guling tapi mata dia macam berair, muka nampak frust). So kami faham la yang dia nak sangat-sangat benda tu especially geng-geng giant truck macam excavator, bulldozer dan dump truck.

Daddy akan belikan TAPI bukan beli depan mata dia, bukan dia yang pegang dan bawak mainan tu ke kaunter.

Kalau dia kata nak book, barulah kami izinkan dia bawak sndiri buku tu ke kaunter. Kami lagi suka belikan buku sebenarnya.

Umi akan alihkan pandangan dia ke tempat lain dan daddy yang akan ambik mainan tu dan bayarkan. Bila mainan tu dah ada dalam plastik, dia takkan perasan yang tu toys yang dia nak.

Bila dah smpai rumah, mainan tu akan kami letak depan tv atau atas meja (tempat yang dia senang nak nampak). Mulalah buat muka sengih manis. Macam nak jilat je muka manis tu.

Mak mertua Ninnie yang ajar petua ni. Klu nak beli mainan kat anak, jangan beli depan mata dia. Kalau tak nanti dia akan terbiasa bila nampak je toys, nak time tu jugak. Klu tak dapat ngamuk dalam kedai tu jugak.

Budak-budak kan. Bukan dia tahu barang tu mahal ke murah. Nak-nak harga toys sekarang mahal kot, takkan tiap kali lalu kedai mainan kita nak kena belikan.

Sampai la sekarang Firash tak de nak ngamuk-ngamuk, merajuk bila nampak toys banyak-banyak kat kedai.

Semalam bawak dia dan Raisya masuk DIY. Si adik pegang patung barbie. Boleh pula Si Firash ni jerit kat adik, “adik, tak boleh ambil, yang tu orang punya!”.

Sampai menangis-nangis adik dia marah macam tu (Si Firash ni memang bajet abang kawasan sangat bila adik dia buat salah).

Sekian untuk hari ni. Lain orang lain caranya. Ini cara umi untuk elakkan anak tantrum in public. Alhamdulillah cara ni masih berkesan untuk anak kami setakat ni.

Kat Raisya pun kami buat juga cara ni. Tapi dia tak faham sangat lagi. Dia suka ikut kepala dia je sebab kecik lagi kot. hahhaa.

Guling sana guling sini tu memang hobi dia. Bukan sebab nak barang, tapi dia tak suka orang dukung atau pegang dia masa berjalan.

Tapi memang bajet diva kot nak jalan sendiri nak bebas. Haha. Hat tu memang tak leh nak buat apa dah. Mata kita kena perhatikan je mana dia nak pergi.

Comments

comments

Reply