Buat Sendiri ‘Giant Bubble’ Semudah A.B.C. Confirm Anak-Anak Sukakannya!

Kalau ke pantai atau taman rekreasi pasti akan ada yang menjual buih belon atau giant bubble ini. Biasanya RM 5 untuk satu mangkuk kecil.

Anak-anak kalau sudah melihatnya memang akan meminta dibelikan. Tapi ‘giant bubble’ ini sebenarnya boleh saja dihasilkan sendiri di rumah.

Cuti hujung minggu begini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuatnya. Hanya empat bahan mudah diperlukan. Jom ajak anak-anak  tolong. Pasti lebih seronok

Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini, ibu bapa pun sama.

 

Bahan-bahan untuk menghasilkan buih :

  • 250 ml pencuci pinggan
  • 4 sudu besar tepung ubi kayu/jagung
  • 1.5 liter air
  • 1 sudu besar serbuk penaikbuat giant bubble, giant bubble, resepi giant bubble, DIY giant bubble, homemade giant bubble

Cara membuat :

Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan kacau sebati.

Bahan-bahan bubble wand/ pemegang :

  • Penyangkut baju jenis dawai
  • Tali jenis kain
  • Pita Pelekatbuat giant bubble, giant bubble, resepi giant bubble, DIY giant bubble, homemade giant bubble

Cara membuat:

  • Lenturkan penyangkut baju jenis dawai seperti dalam gambar.
  • Lilitkan dengan tali jenis kain keliling penyangkut ini.
  • Kemudian lilitkan pula dengan pita pelekat pada bahagian pemegang.

Info ekstra

– Pastikan pencuci pinggan mempunyai kadar kepekatan yang tinggi.

– Penggunaan tali jenis kain membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak dan menghasilkan ‘giant bubble’ yang lebih berkualiti.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Comments

comments

Reply