Bila Anak Belajar Buat Keputusan , Mak-mak Yang Risau Lebih

Naluri seorang mak-mak memang sentiasa risau akan diri anak-anak mereka, tak kira berapa usia anak-anak. Malah perasaan ingin sentiasa melindungi anak-anak itu sentiasa ada di hati.

Sedar atau tidak, sikap yang ‘over protective’ ini boleh mengganggu perkembangan anak. Bahkan kadangkala sikap yang terlebih risau ini boleh buat anak-anak rimas.

Apabila semakin membesar, anak-anak perlu diajar untuk berdikari. Di rumah, mereka perlu ajar untuk melakukan kerja rumah. Pada usia lima atau enam tahun, sudah boleh ajar untuk kerja-kerja ringan seperti bantu buang sampah, sapu sampah, kemas tempat tidur dan sebagainya. Walau pun mungkin pekerjaan itu perlu anda lakukan sekali lagi kerana kurang sempurna, tapi tak mengapa. Itu proses untuk mereka belajar.

anak belajar buat keputusan, bagi peluang anak memilih, anak buat pilihan, pilihan anak, bagi anak peluang memilih

Belajar buat keputusan

Jika ke kedai makan, ajar dan galakkan mereka untuk berani memesan apa yang mereka hendak makan/minum. Kalau boleh, ketika membuat pesanan, biar mereka sendiri yang beritahu. Perkara kecil ini boleh jadi sesuatu yang besar buat diri mereka, agar lebih berani. Tahu apa yang mereka nak dan belajar membuat keputusan.

Ada mak-mak yang seolah-olah tidak percaya akan kebolehan anak-anak mereka. Di rumah tak dibenarkan bantu buat apa kerja sekali pun. Kalau nak minta bawa pinggan kotor ke singki takut pecah. Kalau minta buang sampah, kasihan sebab berat. Hai..ini yang payah. Kadangkala si anak tu mampu lakukannya. Tapi bila mak sendiri tak yakin dengan mereka, camno kan?

Begitu juga bab menguruskan hal persekolahan mereka. Masih ada mak yang masih tolong salin jadual sekolah anak walau pun anak dah masuk darjah lima! Salin jadual sekolah sendiri adalah satu bentuk disiplin, tanggungjawab dan berdikari. Anak perlu salin sendiri jadual sekolah setiap hari dan mesti pastikan tiada buku yang tertinggal. Kalau mak yang tolong, apa nak jadi dengan anak? Itu belum bab cuci kasut dan gosok baju sekolah. Ada yang hingga dah darjah enam tapi mak juga yang basuhkan kasut sekolah. Saya sejak anak usia lapan tahun saya dah suruh dia cuci sendiri kasut sekolah. Tak kira bersih atau tak, dia yang nak pakai. Saya nak ajar supaya dia tahu erti tanggungjawab dan berdikari.

‘Kurung’ Anak

Ada mak yang asyik ‘kurung’ anak di dalam rumah. Nak main depan rumah pun tak dibenarkan, takut kena culik katanta. Lantas diberikan saja gajet untuk anak lepaskan bosan. Agak-agak bagus ke untuk perkembangan anak-anak? Apa salahnya benarkan mereka keluar bermain pada waktu petang, biar badan dan minda mereka cergas. Biar mereka belajar berkawan. Tapi dalam masa yang sama pantau dan sentiasa pesan agar menjaga keselamatan diri.

Berikanlah sedikit kepercayaan untuk anak-anak agar mereka tidak terkongkong untuk melakukan apa yang mereka mampu. Tetapi, bila cakap soal kepercayaan ini, perlu berhati-hati. Semakin anak meningkat remaja, semakin ‘bersambung’ sel-sel otak mereka. Bukan apa, takut pula mereka melakukan sesuatu yang tak elok pula. Jadi, pantau perlu tapi kena betul caranya.anak belajar buat keputusan, bagi peluang anak memilih, anak buat pilihan, pilihan anak, bagi anak peluang memilih

Tip Tambahan:

1. Ibu bapa kena didik anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara berdasarkan usia dan keupayaan mereka.

2. Kena ‘lepaskan’ anak-anak untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya agar mereka dapat bersosial dan tidaklah nanti jadi umpama ‘katak di bawah tempurung’ saja.

3. Jelaskan pada anak-anak, bila sudah diberikan kepercayaan, jangan disia-siakan pula kepercayaan itu.

4. Jika ibu bapa tak percaya anak-anak boleh melakukan sesuatu perkara, bagaimana anak-anak nak yakinkan diri mereka sendiri bahawa mereka boleh buat?

5. Jangan sekat keinginan anak-anak untuk melakukan aktiviti yang mereka sukai seperti bersukan dan sebagainya.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Comments

comments

Reply