no comments

‘Biar Saya Miskin Sekarang Agar Anak Saya Berjaya’

“Berkira dengan pendidikan anak-anak adalah perkara paling bodoh yang bangsa kita buat,” ayat ini sudah mampu membuatkan golongan ibu bapa tersentap. Mana tidaknya, hanya kerana RM20 sampai nak gegarkan pihak kementerian sememangnya adalah tindakan yang tidak wajar.

Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang mahukan pendidikan yang baik untuk anak-anak mereka, namun tidak sanggup melabur untuk mendapatkan. Jika mentaliti seperti berterusan, sampai bila-bila pun kita tidak akan maju. Berkorbanlah sikit wahai ibu bapa, jangan terlalu berkira dengan pendidikan anak-anak. Semoga perkongsian dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini bermanfaat.

TADI aku berborak dengan Jammal tentang isu pendidikan. Kami borak berkenaan mentaliti bangsa kita berbanding bangsa lain mengenai pelajaran anak-anak.yuran pibg, yuran pendidikan anak, pendidikan anak, yuran pibg rm20, yuran sekolah anak, sekolah anak, perbelanjaan sekolah anak

Jammal ini atau lebih dikenali Abang Jay hantar kedua anaknya ke sekolah swasta. Setahun yuran sahaja RM24,000. Belum cerita yuran, buku, program sekolah dan lain-lain lagi, kata Abang Jay,

“Orang kita cukup berkira dengan pendidikan anak sendiri. Kat kelas anak aku hanya ada 25 murid. 5 sahaja pelajar Melayu, selebihnya kaum Cina dan India,” katanya.

“Mereka kaya kot bang. Orang kita mana ada duit macam mereka,” balas aku.

“Taklah. Aku ingat, aku ini miskin dah hantar anak pakai kereta Myvi. Tapi tengok ada orang Cina hantar anak pakai motor Honda buruk sahaja. Yang hantar pakai kereta Proton Saga lama pun ada juga,” katanya.

Aku diam sahaja mendengar penjelasan Abang Jay. Dia teguk air jus oren bagi menghilangkan dahaga kemudian menyambung,

“Aku baca post kau tentang ibu bapa yang tak bayar sumbangan PIBG. Yang merungut kerana RM20 setahun sehingga nak gegar Kementerian Pendidikan bagai. Bodoh betul. Berkira dengan pendidikan anak-anak adalah perkara paling bodoh yang bangsa kita buat,” katanya.

“Kenapa kau kata macam tu, bang?” saja aku pancing ayat tanya, ingin juga aku mendengar pendapat dari pihak dia, dari pihak bapa yang berpengalaman menghantar anak ke sekolah swasta.

“Cikgu, kau dengar sini. Aku borak dengan ibu bapa kaum Cina yang tidak kaya. Aku tanya pada dia, “You apa pasal hantar anak sekolah swasta bayar mahal-mahal? You bukan orang kaya pun. Rumah pun sewa, kerja pun jual sayur saja.”

“Kau tahu apa dia jawab? Dia kata,

“Kami ini hanya senang bila ada tiga benda saja. Satu, mak ayah kaya. Dua, ada luck main judi menang juta-juta. Ketiga, pelajaran anak. Saya tidak kaya tak apa. Biar anak belajar pandai-pandai.

“Nombor satu dan dua tu saya tidak ada, sebab itu saya tekankan yang nombor tiga. Biar saya miskin sekarang agar anak saya berjaya.” itu jawapan Cina itu pada aku. Sebab itu aku geram betul bila ada ibu bapa berkira dengan pendidikan anak-anak. Setakat yuran RM20 pun kecoh, macam kena bayar dua juta,” panjang penerangan Abang Jay kali ini, keras dan tegas.

Aku mengangguk-angguk tanda faham dan setuju dengan kata-kata dia. Bila aku renung semula, tepat sekali apa yang dia kata. Kita mahu menandingi kemajuan dan kejayaan bangsa lain, namun sikap mereka kita tak nak tiru. Nak dapat hasil tanaman seperti pekebun sayur yang punya tanah beratus ekar, sedangkan kita hanya menanam dalam pasu. Mana mau nya der!

Fikir-fikirkan. Fikir dalam-dalam.

Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: The Reporter

Comments

comments