no comments

Bersalin Di Hospital Kerajaan, Tapi Layanan Setanding Hospital Swasta

Ramai yang dah tahu ke belum setiap hospital kerajaan ada skim untuk pesakit dengan kadar bayaran yang berpatutan.  Skim Pesakit Bayar Penuh (FPP) ini adalah pesakit boleh mendapat rawatan daripada pakar perubatan pilihan pesakit sendiri serta mendapat beberapa kemudahan lain bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan kemudahan sedia ada di Hospital.

Semua pesakit FPP akan dikenakan bayaran bagi setiap rawatan yang diberikan atau prosedur yang dijalankan oleh pakar perubatan pada harga yang kompetitif.  Antara faedah yang pesakit boleh nikmati didalam skim ini adalah mereka boleh memilih pakar yang dikehendaki dan menikmati kemudahan seperti Wad Kelas Pertama dan Eksekutif.

Macam mana nak dapatkan skim ni? Okay, korang boleh walk-in atau dapatkan maklumat yang diperlukan di Kaunter FPP hospital.  Nak tahu lebih lanjut? Mari kita baca perkongsian daripada Puan Nurul Diana yang menceritakan prosedur serta beberapa kelebihan mendaftar dibawah skim ini.  Semoga bermanfaat!

Alhamdulillah settle register skim FPP (FULL PAYMENT PATIENT) dekat HSA harini. Tq kat sahabat yang share posting pasal ni aritu. 

Kos bersalin yang lebih murah dari hospital swasta tetapi kita boleh dapat kelebihan yang hampir sama dengan swasta. Memang okey sangat. Iyer lar…macam LD ni company tak sponsor bersalin. Jadi, nak spent duit tu kene buat kire-kire supaya tak membazir & dalam masa yang sama nak jugak rase selesa bersalin baby last ni kan…(iyer ker last).

Okey ni LD share sikit kat kawan-kawan ape kelebihan bila sign up kaedah FPP ni.

  • Dapat perkhidmatan Doktor pakar & boleh pilih Doktor. So far LD pilih HSA sebab sini jer ada doc perempuan. HSI takat ni seme lelaki untuk khidmat FPP. Bile dah pilih doc, means doc tu jer yg boleh sentuh/check kita dari first sampai bersalin.
  • Laluan giliran khas untuk appointment dengan doc pakar. Bleh pilih tarikh/hari ikut convenience kita. Yg penting tak yah beratur, set jer masa & tarikh dgn doc.
  • Nikmati wad eksekutif @ kelas pertama (ikut pilihan sendiri). Tapi kt HSA tkde wad eksekutif, the best wad kelas pertama jer. Pada LD, dah memadai wad first class. Yg eksekutif tu just ade xtra ruang menunggu khas yg selesa utk family (pikir blik sape jer yg tunggu aku kan..suami pon teman kt Labour room jer, iuolls bukan ct nurhalijah!)

Antara Hospital Yang Menawarkan Skim FPP:

  • Dah nama first class, makan pon mesti sedap dari biasa, I loikkeee!
  • Baby lahir takde cas xtra bilik ker ape. Free jer. If ade komplikasi, Baby akan dirawat di bawah servis/caj biasa.

Urmmm rasa ni jer kot yang LD rasa Info penting pasal FPP ni. Nanti dah bersalin & lalui proses tu sendiri Inshaallah LD Share lg dengan korang. Tak pon if ade soalan tanye jer kt sini, kot LD leh jawab. Lately sel-sel otak kurang berhubung almaklum Mak buyunggg dah makin sarat

Hope info diatas dapat membantu. Gut nite!
http://www.myfpp.com.my/

Comments

comments