‘Baby’ Selalu Muntah Susu? Ini Puncanya

” Tak sabar dukung anak selepas anak minum susu, tapi selalunya anak akan muntah pada baju , orang tua biasa panggil Gumoh Susu”

Bagi ibu-ibu yang baru sahaja menimang cahaya mata, muntah selepas menyusu isu merupakan petanda bayi baru menyesuaikan diri pada penyusuan.

Muntah merupakan gejala yang perlu diawasi jika itu terjadi pada bayi. Penyebab bayi muntah ada beberapa penyebab. Seringkali bayi muntah disebabkan kerana minum susu. Susu formula memang diperlukan untuk membantu perkembangan anak selama dalam masa pertumbuhan.

Pemberian susu formula kepada anak juga disebabkan ada beberapa ibu yang tidak menghasilkan susu badan secara produktif. Sehingga para ibu terpaksa juga memberikan susu formula sebagai pelengkap nutrisi yang di perlukan pada anak.bayi muntah susu, bayi minum susu, susu formula, muntah selepas minum susu,

Bagi ibu baru yang masih mencari rentak, berkemungkinan susu mengalir dengan banyak atau susu turun laju yang mana kamu baru belajar untuk mengawalnya. Muntah susu pada bayi merupakan keadaan yang lumrah terjadi pada bayi dan biasanya (tetapi tidak selalu) merupakan situasi yang normal. Salah satu alasan kenapa bayi sering gumoh kerana sistem pencernaan yang belum matang, sehingga memudahkan isi perut mengalir kembali ke kerongkongan (esofagus) lalu keluarlah sebagai muntah susu (gumoh).

Namun pastikan anda ketahui cara untuk kurangkan muntah bayi selepas menyusu:

Biasakan dengan meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu.

  • Mengiringkan bayi semasa bayi masih terjaga
  • kawal kelajuan susu anda dengan menekan bahagian puting supaya anda boleh ketahui
  • Jangan picit perut bayi dan pakaikan pakaian yang longgar untuk bayi ketika menyusu
  • Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung bayi daripada pakar.
  • Cuba kenal pasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kembung seperti susu lembu dan kafein.
  • Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payudara. Sebagai maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilkan banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkannya kembung.
  • Amalan mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya.

Comments

comments

Reply