no comments

Sepatutnya Ayah Kena Jadi Hero Anak, Tapi Kalau Hati Pun Dah Jauh

Tanggungjawab seorang ayah itu cukup berat. Tak semudah meletakkan nama pada bin atau binti di surat beranak atau kad pengenalan. Jiwa ayah itu sendiri perlu dipasakkan dalam hati anak-anaknya. Biar sampai ayah jadi hero.

Sayangnya tak semua ayah berusaha untuk ambil kesempatan itu. Melepaskan tanggungjawab besar itu pada isteri, ibu atau mak untuk melaksanakannya. Jangan begitu wahai ayah!

Dengarkan dan hadamkan perkongsian Maleq Ismail, ayah anak 5 ini. Ada 20 tip penting yang mahu disampaikan ketika dirinya mengikuti sesi ilmu parenting. Pengisiannya tentang betapa pentingnya ayah kena menjadi hero pada anak-anaknya.

Tuan Zaid Mohamad panel pertama, seorang ‘Parenting Coach’ yang cukup dikenali dalam membangunkan ilmu keibubapaan.

Manakala, panel Kedua, seorang Perunding Pendidikan Awal kanak kanak, Dr. Catur Setiawargo.ayah hero keluarga, tanggungjawap ayah kepada anak, tanggungjawap ayah pada keluarga, ayah hero pada anak, ayah perlu utamakan anak

Jadikan Diri, Ayah Hero Anak-anak

Selesai hari ini sesi menambah ilmu keibubapaan bersama dua insan hebat, Tuan Zaid Mohamad dan Dr Catur Setiawargo bagi mendepani cabaran membangunkan kekeluargaan dan mengenali potensi diri anak anak.

Menjadi seorang yang bergelar ‘ Papa, Abi, Ayah ‘ Bapa bukan lengkap hanya bila ianya tertulis diatas kad pengenalan dan surat kelahiran sahaja. ”

20 poin berharga dalam proses memberi pendidikan di awal kehamilan, kelahiran dan hingga ke peringkat remaja.

1. Bapa adalah ‘hero’ buat anak anak. Walaupun ibu sering dekat bersama mereka, namun sentuhan bapa bagi seorang anak mampu membina memori yang sangat hebat dimasa hadapannya.

2. Usah membanding bandingkan setiap perkembangan anak anak. Mereka dilahirkan sangat unik didunia.

3. Perkembangan mereka ada yang cepat dan ada yang lewat. Biarkan mereka memilih cara mereka sendiri.

4. Walaupun kehidupan kita hari ini sangat bagus, dan berada pada kedudukan yang baik, usah menyalahkan potensi anak yang kurang baik perkembangannya.

5. Ingat, bilamana kita berkahwin, kita tidak tahu anak anak itu terpilih dari ‘sel sperm’ beribu yang dilancarkan dari sikap kita yang mana. Hanya satu yang berjaya menjadi benih kepada pasangan mungkin dari gen yang bijak atau mungkin yang sebaliknya.

6. Lihat setiap sesuatu kejadian itu ada keunikkannya yang tersendiri. Bangunkan potensi mereka.

7. Anak anak adalah ‘ investment’ kita untuk bekalan di akhirat kelak. Seberapa banyak pelaburan yang baik untuk mereka. Itulah kesudahan yang akan kita kecapi di akhirat kelak.

8. Setiap anak perlukan ‘ pelukan’ antra 8-20 saat stiap hari. Inilah kunci untuk lahirkan anak yang berjiwa besar, berdisiplin, dan tidak sesekali melakukan dosa dibelakang kita.

9. Mengapa anak anak menjadi seorang yang kasar, pemarah, tidak menghormati sama ada ibu bapa mereka sendiri, adik beradik atau persekitaran mereka. Jawapannya, lihat bagaimana mereka dibesarkan dalam struktur kehidupannya.

10. Jika bahan herdikan, tengkingan jadi ramuan harinya, maka itu jualah yang akan mereka bawa pada kareaktornya untuk pihak yang lain.

11. Jika Seorang bapa yang stress dan ditunjukkan kepada isterinya, dan isteri pula tujukkan kepada anaknya, maka kitaran itu akan jadi bahan yang berputar putar didalam keluarga. Anak anak akan lahir menjadi seorang yang stress didalam kehidupannya.ayah hero keluarga, tanggungjawap ayah kepada anak, tanggungjawap ayah pada keluarga, ayah hero pada anak, ayah perlu utamakan anak

12. Cari keharmonian dalam keluarga dengan perasaan kasih dan sayang.

13. Andai ada kesilapan yang anak anak lakukan. Berbincang dengannya. Terangkan apa yang betul dan apa yang salah. Kemudian tunjukkan cara yang betul untuk mereka.

14. Tukarkan perasaan marah dan geram kepada perasaan kasihan kepada anak anak. Mereka dilahirkan suci, kesilapan yang mereka lakukan kerana didikan kita yang tidak cukup sempurna buat mereka.

15. Anak anak dibawah umur 2 tahun tidak sama sekali diberikan gajet sebagai peneman untuk mengunci perhatian mereka dari melakukan tidakan dibawah kawalan kita.

16. Ia bukan langkah yang baik untuk memberi mereka senyap, tetapi dalam diam kita sedang mengunci daya kreativiti mereka dengan menggunakan otak di bahagian hadapan.

17. Lebih menarik formula dari Tuan Zaid Muhamad untuk membantu anak anak berdisipilin dalam penggunaan gadjet diatas 2 tahun.

18. Formula 2 X 5.

• penggunaan gadjet hanya 2 tahun keatas

• maximum dibenarkan bermain gadjet 2 jam

Sehari.

• konsep 2 hala.( fahami konsep pinjam fon)

• sekurang kurangnya mereka boleh belajar 2 bahasa saat gunakan telefon itu.

19. Solat berjemaah menjadi rutin didalam keluarga untuk mempupuk rasa kasih sayang dan bertanggungjawab.

20. Kasihi isteri, maka seluruh kehidupan keluarga akan bahagia.

Menjadi seorang Hero kepada anak anak perlu menjadi role model yang baik juga untuk mereka.

Jadilah pendengar yang setia, bukan menjadi hakim, tetapi jadilah peguam yang sentiasa membela kehidupan mereka.

ayah hero keluarga, tanggungjawap ayah kepada anak, tanggungjawap ayah pada keluarga, ayah hero pada anak, ayah perlu utamakan anak

Dari kiri : Tuan Zaid Mohamad, Maleq Ismail dan Dr Catur Setiawargo.

Sumber/Foto : Maleq Ismail

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Comments

comments