no comments

“Apa Teruk Sangat Dia Ni Jaga Anak, Asyik Marah Anak Je”

Bagi pasangan yang berkahwin pastinya tidak sabar menunggu kehadiran cahaya mata. Sememangnya anak adalah pelengkap kepada sesebuah keluarga. Kehadiran anak-anak dalam keluarga bukan sahaja sebagai pewaris keturunan malah membawa kegembiraan, kebahagiaan dan juga ujian.

Ujian yang paling mencabar dalam membesarkan anak-anak adalah menghadapi anak-anak yang degil, tidak mendengar kata bahkan berani untuk melawan ibu bapa. Inilah tahap di mana kesabaran seseorang ibu bapa itu betul-betul diuji.

Jadi tidak hairanlah jika ramai ibu bapa yang kadang-kadang tidak mampu lagi untuk bersabar dan terpaksa meninggikan suara memarahi anak-anak.

Seorang wanita berkongsi satu kenyataan yang dia peroleh daripada individu lain berkenaan sikap para ibu yang ada masanya boleh bertukar menjadi seekor ‘naga’ apabila berhadapan dengan karenah anak-anak.

Benarlah, ramai yang tidak berada dalam situasi tersebut akan menyalahkan sikap si ibu yang suka marahkan anak-anak dengan suara yang tinggi.

garang jaga anak, marah anak, jerit pada anak, pukul anak, cara ajar anak, mengajar anak

Netizen yang bergelar ibu rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut. Mereka kerap kali menjadi ‘naga’ akibat karenah anak-anak yang tidak mendengar kata. Bukannya mereka saja-saja meninggikan suara memarahi anak-anak.

garang jaga anak, marah anak, jerit pada anak, pukul anak, cara ajar anak, mengajar anak garang jaga anak, marah anak, jerit pada anak, pukul anak, cara ajar anak, mengajar anak

Tetapi ada juga netizen yang rasa tak perlu pun meninggikan suara memarahi anak-anak. Tidak semestinya cara tersebut berkesan untuk mendidik anak-anak. Seperti kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Jika anak selalu berhadapan dengan ibu-ibu yang suka marah dan meninggikan suara, ia mungkin menjadi ikutan kepada anak-anak apabila besar nanti.garang jaga anak, marah anak, jerit pada anak, pukul anak, cara ajar anak, mengajar anak garang jaga anak, marah anak, jerit pada anak, pukul anak, cara ajar anak, mengajar anak

Setiap anak mempunyai karakter yang berbeza dan kadang kala sukar untuk memahami sikap mereka. Yang penting, para ibu perlu banyak bersabar mendidik anak-anak kerana ia adalah satu amanah, ujian dan anugerah yang sangat berharga.

Jaga dan didiklah mereka nilai yang baik. Kalian rasa wajar ke marahkan anak hinggakan satu kejiranan dapat dengar suara kalian?

Comments

comments