no comments

5 Sebab Anda Perlu Biarkan Anak Suap Makanan Sendiri. Sebab ke-3 Penting untuk Masa Depannya

Menjadi kebiasaan bagi kita untuk menyuapkan makanan kepada anak-anak kita yang masih kecil. Tapi tahukah anda bahawa bayi seawal umur 6 bulan sebenarnya sudah boleh menyuapkan makanan mereka sendiri?

Di sini kami kumpulkan 5 sebab mengapa anda perlu mula membiarkan si kecil anda menyuapkan makanan mereka sendiri.

Meningkatkan kemahiran menggunakan deria

Waktu makan adalah antara waktu yang paling banyak mereka terdedah dengan deria-deria baru: rasa, bau, dan tekstur yang baru.

Membiarkan mereka memegang makanan mereka sendiri adalah cara yang baik untuk mereka mengembangkan kemahiran menggunakan deria mereka.biar anak belajar makan sendiri, jangan suap anak makan, anak makan sendiri, anak makan dengan tangan, anak belajar makan sendiri

Meningkatkan kemahiran koordinasi

Pergerakan mencedok dan menyuapkan makanan memberikan peluang yang baik bagi anak-anak anda meningkatkan kemahiran koordinasi tangan mereka.

Tetapi mungkin ia akan mengambil sedikit masa sebelum mereka berupaya untuk tidak menumpahkan makanan sewaktu makan.

Memupuk nilai berdikari

Membiarkan bayi anda menyuap makanan mereka sendiri dapat memupuk nilai berdikari pada diri bayi anda.

Tetapi pastikan juga anda mengawasinya agar tidak terlalu gelojoh dan mereka benar-benar memakan makanan tersebut.

Penggunaan dan kesedaran anggota badan yang lebih baik

Di dalam anak-anak anda melatih diri mereka untuk menyuapkan makanan mereka sendiri, mereka akan mempelajari dimana letaknya mulut mereka, berapa banyak daya yang diperlukan untuk menggerakkan tangan mereka, bagaimana untuk menggunakan tangan mereka untuk memegang cawan, dan lain-lain lagi anggota badan yang digerakkan.

Pembangunan saraf motor

Di dalam mereka menyuapkan makanan mereka sendiri juga anak-anak anda berupaya meningkatkan kemahiran menggunakan saraf motor mereka.

Mereka akan belajar sendiri bagaimana untuk membuka mulut mereka, bagaimana untuk mengambil makanan daripada sudu, atau bagaimana untuk mengambil makanan yang tertinggal di bibir mereka. Semua ini memerlukan dan meningkatkan kemahiran penggunaan saraf motor anak-anak anda.

Akhir sekali, diakui proses mereka mempelajari cara menyuapkan makanan mereka sendiri tentunya akan menyebabkan tempat makanan mereka berselerak. Tetapi fikirkan kelebihan jangka panjangnya apabila anak anda mempunyai sifat berdikari serta perkembangan minda yang baik.

Comments

comments