no comments

Anak Terpaksa Kutip Lebihan Makanan Kawan² Di Kantin Sekolah Untuk Makan. PUNCANYA Buat Ramai GERAM !

Tergamaknya hati sepasang suami isteri hanya membekalkan kurma dan kismis untuk anaknya sehingga kanak-kanak itu terpaksa mengutip lebihan makanan yang ditinggalkan kawan-kawannya.

Menurut wanita ini yang menyaksikan sendiri kejadian itu di depan matanya, dia pada awalnya menyangka murid berkenaan berasal dari keluarga susah atau miskin. Sebaliknya ibu bapanya berkemampuan tetapi entah kenapa melayani anaknya seperti itu.

Tidak dinafikan makanan kurma dan kismis itu makanan sunnah, tetapi ibu bapa perlu bekalkan makanan yang mencukupi kepada anak agar mereka kenyang dan mampu memberi fokus kepada pembelajaran di sekolah.pemakanan anak, jaga pemakanan anak, pemakanan sunnah, anak bersarapan, makanan berkhasiat, kanak-kanak perlu makanan berkhasiat

SUDAH dua hari saya memerhatikan seorang murid Tahun 2 ini. Hari pertama di depan mata saya sendiri, saya nampak dia mengutip lebihan-lebihan makanan kawan-kawannya yang ditinggalkan untuk dimakan.

 

Semalam dia menangis sambil makan bekalan dari ibunya. Tiga biji buah kurma dan beberapa biji kismis.

pemakanan anak, jaga pemakanan anak, pemakanan sunnah, anak bersarapan, makanan berkhasiat, kanak-kanak perlu makanan berkhasiat

 

Saya perhatikan dia. Bila dia buka bekal, terpacul dari mulut dia, “Sikit jer..” dan dia terus menangis! Saya cuba menghampirinya, tiba-tiba ustazah yang mengajar di situ segera menarik tangan saya.

“Biarkan Aida. Dia memang macam tu. Mak dia tak benarkan makan makanan lain selain dari bekalan yang dibawa dari rumah. Duit pun tak pernah bagi.

“Sebab itu dia antara orang terakhir yang masuk kelas sebab dia akan kutip lebihan makanan yang tinggal di dalam bekas makanan yang kawan-kawan dia beli. Kalau awak bagi, nanti mak dia akan marah dan cakap awak mencemari pemakanan anak dia,” kata ustazah itu.

Ada cikgu kata tak pernah nampak dia makan makanan lain selain dari kurma, kismis dan air masak sahaja. Dah pernah ‘slow talk’ tetapi cikgu pula yang diceramahnya.

Erm, kalau nak anak suci sangat, jangan sekolahkan anak di sekolah kebanyakan. Kasihan budak. Ibu bapa murid berkenaan bukan tidak mampu, tetapi lebih dari mampu.

Kredit : Aida Puan Sri Squeq

Comments

comments