no comments

Anak Istimewa Beraya Lebih Tenang & Selesa, Jika Anda Prihatin 5 Perkara

Lazimnya anak-anak akan rasa gembira bila dapat berkumpul beramai-ramai dengan saudara mara dan sepupu sepapat di Hari Raya. Namun sedikit berbeza bagi anak-anak syurga. Seakan sesetengahnya berasa sedikit tertekan bila dikelilingi oleh orang ramai sepanjang waktu.

Malah suasana kunjung berkunjung juga dirasakan begitu asing bagi diri mereka yang jarang-jarang berpeluang bersosial dengan orang ramai. Begitu juga menempuh perjalanan yang jauh, berjam-jam dalam kereta, masa tidur tak tetap dan semua ini boleh menyebabkan anak ini menjadi stress.

Jadi bagaimana atasinya? Lakukan 5 perkara agar anak syurga ini berasa selesa di Hari Raya. Tip ini dikongsi melalui Facebook klinik Aktifotak.

1. GUNAKAN GAMBAR (VISUAL) DAN JADUAL.

Ada anak-anak yang strict dengan rutin harian atau tidak selesa bila pergi ke tempat atau buat benda baru. Sebaik saja cuti dah confirm dan perancangan balik kampung dah buat, buatkan jadual dan terangkan kepada anak anda. Tunjukkan gambar saudara mara yang bakal dijumpa dan tempat yang bakal dilawati. Anak kita akan merasa lebih selesa bila dia boleh agak atau jangka apa yang bakal berlaku.

2. GUNAKAN HEADPHONE

Jika anak mudah takut atau tidak selesa bila dengar bunyi yang kuat, gunakan headphone dan pasangkan lagu atau video kesukaannya. Maklum la raya-raya ni, mungkin ada yang main mercun, pasang vacum atau guna blender di dapur. Headphone juga berguna dalam kereta kalau anak kita jenis suka tengok satu video berulang-ulang. Ye la..jemu jugak la kalau kita pun kena hadap Didi and friends berjam-jam dalam kereta kan!

3. GUNAKAN PERMAINAN SENSORY

Gunakan permainan sensori seperti fidget spinner atau botol sensori yang boleh dibuat sendiri (lihat gambar di bawah). Anak boleh kekal tenang lama sikit bila sentiasa ada benda ditangan mereka.

4. BAGI TUGASAN

Untuk anak yang dah boleh ikut arahan, berikan tugasan kepada mereka untuk mengalihkan perhatian. Lebih jelas dan fokus tugasan tu, makin kurang stress anak-anak kita. Contoh tugasan mungkin mengira atau masukkan duit raya ke dalam sampul. Banyak tu!

5. REKA ‘SOCIAL STORIES’

Social stories adalah penerangan ringkas mengenai situasi atau activity tertentu. Ia mengandungi info mengenai apa yang anak anda boleh jangkakan dari sesuatu situasi, apa yang dia perlu buat dan mengapa. Oleh sebab anak-anak syurga lebih mudah faham melalui gambar, social stories perlu mengandungi gambar. Contoh situasi untuk social stories mungkin: bila berjumpa saudara-mara di kampung – harus ucap Assalammualaikum dan salam. Atau bila terima duit raya, harus ucap terima kasih.

Sumber : FB klinik Aktifotak

Comments

comments