Ibu bapa wajib ajar anak erti tanggungjawab dan bersyukur

Bukan mudah untuk ibu bapa mendidik anak-anak, tetapi sebagai ibu bapa sudah menjadi kewajipan untuk mendidik perkara yang baik kepada anak-anak dan apabila dewasa ia menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

Anak-anak itu ibarat kain putih, dan ibu bapa adalah individu yang penting untuk mencorak anak-anak mengikut acuan yang betul, baik acuan yang dibentuk, baiklah jugalah anak-anak itu.

Namun, ibu bapa dikatakan wajib untuk mendidik anak-anak erti tanggungjawab dan bersyukur apabila dewasa kelak. Sikap tanggungjawab dan bersyukur itu penting kerana akan diterapkan oleh anak-anak apabila mereka sudah melangkah ke alam perkahwinan.ajar nak tentang tanggungjawap, ajar anak bersyukur, ajar anak menghargai, ajar anak kawal emosi, jaga emosi anak, ajar anak hormati orang tua, ajar anak hormati wanita

Alam perkahwinan ini bukanlah sesuatu yang mudah, dalam Islam perkahwinan ini adalah satu ibadah. Jika ingin berkahwin seseorang itu mestilah seorang yang mampu fizikal, mental dan kewangan. Tiga keutamaan ini mampu membuatkan perkahwinan mencapai kebahagian.

Tetapi, ia bukan bermakna seseorang itu perlu kaya dahulu baru rumahtangga yang dibina itu bahagia. Sebaliknya, seseorang itu mampu untuk menanggung keluarga dari segi makan minum, pakaian dan perubatan mengikut kemampuan.

Dalam Islam, apabila pasangan itu sudah berkahwin, tanggungjawab diletakkan pada suami atau seorang lelaki. Oleh itu, Islam meletakkan sekufu seperti keserasian, kelayakan akademik,jawatan atau kerjaya dan latar belakang keluarga.

Ini kerana masalah kewangan keluarga menyebabkan banyak berlaku penceraian. Ia berlaku apabila isteri terpaksa menanggung kewangan keluarga kerana isteri mempunyai gaji yang lebih tinggi berbanding suami.

Memang tidak dinafikan ramai lelaki yang mempunyai gaji yang lebih kecil berbanding isteri. Namun, ia tidak bermakna tanggungjawab keluarga itu diserahkan kepada isteri, suami walaupun memilik gaji kecil harus menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga mengikut kemampuan.

Bagaimanapun, sebagai isteri jika anda berkahwin dengan pasangan yang tidak mampu untuk menanggung anda, bersedialah untuk berkorban bersama-sama membantu pasangan. Jika tidak berkorban ini yang akan menyebabkan rumahtangga yang dibina runtuh.

Sebagai suami pula bertanggungjawablah dalam mendidik isteri, jika tidak mampu memberi kemewahan kepada anak dan isteri didiklah mereka untuk bersyukur dan menyukur baju di badan sendiri.

Apapun, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sikap tanggungjawab dan syukur ini penting agar alam perkahwinan mereka lebih bahagia dan tidak berpecah belah.

Comments

comments

Reply