8 Cara Mengenalpasti Bayi Berak Berdarah

Bayi Berak Berdarah. Anda tentunya bimbang jika bayi anda sakit ataupun kurang sihat.Tambahan pula kesakitan yang dialami merupakan perkara yang menakutkan anda, misalnya berak berdarah!

Buang air besar atau berak berdarah boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Tak kira orang dewasa mahupun bayi.Kebanyakan orang menganggap berak berdarah ini adalah disebabkan oleh buasir atau ‘hemoroid’.

Padahal pendarahan ketika berak juga boleh disebabkan oleh infeksi dan kelukaan di dinding usus. Manakala untuk penyakit yang serius pula ialah kanser usus dan sebagainya.

Bagi orang dewasa, berak berdarah boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti buasir atau kanser usus. Biasanya ia dikesan melalui ‘endoskopi’, yang digunakan dalam pemeriksaan saluran penghadaman pada perut, usus dan usus besar.

Ia berbeza dengan berak berdarah pada bayi, dan anda perlu mengetahui ciri-ciri dan jenis berak berdarah pada anak agar anda tidak salah cara.

Berikut Cara Mengenalpasti Bayi Berak Berdarah:

1. Lihat warna tahi. Jika warna tahinya agak kehitaman, bermakna ada masalah di bahagian saluran penghadaman atas. Warna kehitaman disebabkan campuran dengan asid perut. Jika warna tahinya merah segar, masalah ini mengarahkan pada saluran penghadaman bahagian bawah.

2. Jika darah bercampur najis dan menitis membuatkan bayi menangis kesakitan, bermakna adanya luka atau pedih pada anus kerana terluka akibat najis yang keras.

3. Jika tahi bayi anda berwarna hitam gelap, ia mengarah kepada ‘melena’, terdapat perdarahan di usus.

4. Bayi berak berdarah juga boleh disebabkan infeksi saluran penghadaman, disertai dengan demam dan diare.

5. Jika bayi anda sukar membuang air besar atau berak, sembelit, besar kemungkinan juga bayi anda kurang serat, sehingga cenderung sukar untuk mengeluarkan kotorannya.

6. Jika anak anda masih bayi dan masih menyusu badan, kemungkinan potensi untuk bayi anda berak berdarah lebih kecil berbanding bayi yang diberikan susu formula.

7. Perhatikan masalah makanan, jangan sampai kekurangan serat dan cecair. Bagi bayi yang bergantung pada susu formula, kurangi jumlah susu formulanya dengan tetap menambahkan jumlah air yang sama.

8. Sekiranya bayi berak berdarah disertai dengan perut kembung dan perut nampak buncit, mengeras, kemungkinan ada masalah pada saluran penghadamannya. Anda disarankan segera membawa bayi anda mendapatkan rawatan doktor bagi pemeriksaan lanjut.

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini.

Comments

comments

Reply