5 Kesan Buruk Kalau Anak Selalu Ditengking

Perangai anak-anak yang masih kecil kadang kala sukar hendak dikawal sampai kadang kala membuatkan ibu dan ayah ‘geram’. Tanpa disedari, anda tidak sengaja tertengking anak.

Menurut Dr.Ming-Te Wang, profesor bidang psikologi pendidikan di University of Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat, memarahi anak dengan suara tengkingan boleh merosakkan keperibadian mereka semasa sedang membesar. Berikut antara kesan buruk yang boleh berlaku kepada si kecil.

1. Rasa rendah diri. Kalau selalu ditengking apatah lagi disusuli dengan kata-kata melabel anak dengan perkara negatif akan membuatkan anak rasa rendah diri. Dia akan menganggap dirinya sebagai anak yang tidak berharga.

2. Agresif. Semakin kerap anda menengking dan bercakap kasar dengan anak, semakin tinggi risiko anak mempunyai perilaku agresif dan suka memberontak. Semakin dia membesar, dia tak takut untuk berlaku kasar pada kawannya seperti memukul, menolak dan menggigit.

3. Ketakutan. Anak yang kerap dibebel serta diherdik akan membesar sebagai kanak-kanak yang penakut. Sifat ini akan menyukarkan dia untuk bersosial dengan kawan-kawan serta mengurangkan kebolehannya menyelesaikan masalah.

4. Susah beri tumpuan. Kesan kalau selalu ditengking akan membuatkan anak boleh mengalami gangguan tumpuan.

5. Cakap kasar. Akibat selalu mendengar orang menengkingnya, jangan terkejut kalau anak juga akan pandai menengking orang lain termasuk papa dan mama.

Anak-anak adalah amanah yang mesti dididik dan dijaga dengan baik. Kelakuan mereka memang kadang kala buat kita rasa nak menjerit tapi bila tahu kesan buruknya lebih baik kita simpan tengkingan tersebut dan cuba untuk bercakap lemah lembut dengan mereka.

Comments

comments

Reply