no comments

Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Bunuh Adik Yang Masih Bayi. Rupa-Rupanya Ini Sebabnya

Memetik laporan dari kes kakak bunuh adik kerana cemburu. Terdapat ramai juga ibu bapa yang membahagikan kasih sayangnya dengan baik pada anak-anak, ada juga seperti dianak tirikan dan ada yang di anak emaskan.

Seperti yang berlaku dengan kejadian ini memperingatkan ibu bapa untuk menjaga mulut ketika berbicara pada anak kecil yang sangat mudah terpengaruh.

Kes yang terjadi ini boleh dijadikan pengajaran buat orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam berbicara, apatahlagi pada anak yang masih kecil, jika salah sedikit, mereka akan melakukan perkara yang tidak baik.

Satu perkongsikan berkenaan seorang anak membunuh adiknya sendiri telah viral di media sosial. Perkongsian ini bermula dari akaun Facebook dengan nama Mega Wati.

Khabarnya kejadian tersebut terjadi pada tujuh ke lapan tahun lalu. Namun ia masih boleh dijadikan iktibar bersama buat kita.

abang cemburu pada adik, anak sulung cemburu pada adik, benci pada adik, persaingan antara adik beradik, ibu bapa pilih kasih, jangan pilih kasih

Di dalam perkongsiannya, dia berkata seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan empat tahun sanggup membunuh adiknya sendiri.

Adiknya yang masih bayi tidak dapat diselamatkan kerana ibunya telah lewat menyedari kejadian itu. Kejadian tersebut dilaporkan terjadi di dalam rumahnya.

Rupa-rupanya alasan si kakak sanggup melakukan perbuatan itu adalah kerana dia telah mendengar kata-kata dari orang lain yang ‘ibunya lebih sayang adiknya’.

Berikut adalah cerita penuh dari Tribunstyle.com dilaporkan dari laman Facebooknya.

“Kejadian yang mengejutkan telah berlaku di sebuah rumah di mana ada kanak-kanak lelaki telah membunuh adik perempuannya. Ketika ibunya masuk ke dalam bilik, dia melihat anak lelakinya sedang melompat-lompat di atas adiknya. Ibunya segera menghampiri anak perempuannya, tetapi sudah terlambat. Bayinya sudah tidak bernyawa.

Motifnya ? Kerana ‘katanya’ ibunya lebih sayang adiknya.

Kanak-kanak lelaki tersebut berumurnya 4 tahun manakala adik perempuannya masih bayi.

Ketika ibunya sedang mengandung, terdapat orang yang mengatakan kepada si abang: ibu bapa kamu dah tak sayang kamu lagi, kan sudah ada adik baru. Kerana mendengarkan perkara itu dan takut dibuang, maka terjadilah perkara tersebut.

Mungkin apa yang difikirkannya : sekarang aku tak akan dibuang kerana sudah tak ada adik lagi.

Sekarang anak lelakinya harus hidup sebagai orang yang telah membunuh adik kandungnya. Dan cuba fikirkan, apa yang harus dilakukan oleh si ibu ? Setiap kali dia melihat anak lelakinya, dia akan mengingati anak perempuannya yang dibunuh anak lelakinya sendiri. Dan orang-orang yang menakutkan kanak lelaki itu? Dapat gosip baru.

abang cemburu pada adik, anak sulung cemburu pada adik, benci pada adik, persaingan antara adik beradik, ibu bapa pilih kasih, jangan pilih kasih

Kenapa tidak katakan pada kanak-kanak lelaki itu: ‘wah, HEBAT, kamu akan jadi abang, jaga adikmu baik2 ye’ instead of ‘kamu sudah tidak disayangi, sudah hendak dibuang, tue sudah ada adik baru..

Baik macam manapun anda, kalau mulut anda begitu, anda bukan orang yang baik.

If you cannot say something good, then please don’t say anything at all.

Nota:

1. Kejadiannya sudah lama, kira-kira 7-8 tahun yang lalu.

2. Saya percaya semua ibu bapa pasti mengajar dan memberikan pemahaman kepada anak-anak bahawa adik itu bukan saingan, tetapi kawan dan harus disayang, perkataan yang didengar berulang kali oleh anak akan menjadi sesuatu yang difikirkannya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Comments

comments