Cadangan 2 Guru Dalam Satu Kelas Disambut Baik

Sebelum ini, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Kamarozaman Abd Razak, telah mengusulkan cadangan supaya Kementerian Pendidikan memperuntukkan dua guru dalam satu kelas.

Peningkatan tenaga kerja, iaitu pembantu guru berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran dengan memberi penekanan tambahan kepada murid yang mempunyai aspek kecerdasan berbeza.

Sehubungan itu, guru, pesara guru dan kumpulan berkepentingan menyambut baik serta mencadangkan beberapa penambahbaikkan.

Seorang pesara guru, Siti Alawiah berkata agak memenatkan untuk seorang guru menguruskan murid yang ramai dalam satu kelas.2 guru dalam satu kelas, pembantu guru, kelas saiz besar, kelas ramai pelajar, kelas pelajar terlalu ramai, kualiti pembelajaran

“Memenatkan dan memerlukan banyak kesabaran untuk mengendalikan murid yang begitu ramai,” katanya.

Beliau sangat mengalu-alukan cadangan itu dan berkata adalah satu langkah yang baik dilakukan Kementerian Pendidikan. Malah, boleh menyediakan program untuk meningkatkan kemahiran pengurusan guru.

“Pengurusan kelas adalah kunci utama. Guru perlu tahu cara menguruskan kelas, tidak kira berapa ramai pelajar yang mereka ajar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Rahim juga bersetuju satu kelas mempunyai 2 guru iaitu guru utama dan pembantu guru, tetapi guru terbabit tidak boleh mempunyai kelayakan yang sama.

“Kita tidak boleh mempunyai 2 guru yang sama kaliber dalam 1 kelas,” katanya.

Selain itu, Azimah mencadangkan kementerian untuk memecahkan kelas menjadi 2 atau mengurangkan jumlah murid di setiap kelas.

“Sekiranya mereka boleh menyediakan seorang lagi guru, maka mereka boleh memecahkan kelas menjadi 2,” katanya.

Datuk Dr Zakaria Kasa, anggota Majlis Profesor Kebangsaan, menyifakan cadangan itu adalah langkah baik. Menurutnya, agak sukar untuk seorang guru menguruskan satu kelas dengan jumlah pelajar yang ramai.

“Ini adalah langkah yang baik dan perlu disokong kerana agak sukar bagi seorang guru untuk mengendalikan kelas besar, seperti yang mempunyai 40 murid,” kata Datuk Dr Zakaria Kasa, anggota Majlis Profesor Kebangsaan.

“Pembelajaran boleh berlaku dengan lebih berkesan. Tetapi ia sangat bergantung kepada sikap dan komitmen guru dan pelajar itu sendiri.” ujarnya.

Comments

comments

Reply