13 Permintaan Anak Yang Mungkin Tidak Pernah Mereka Ucapkan

Setiap pasangan yang sudah berumah tangga pastinya mahukan zuriat bagi menceriakan lagi keluarga. Tidak kira sama ada anak lelaki mahupun perempuan keletah anak memang sentiasa dinantikan sejak anak lahir sehingga mereka meningkat dewasa.

Namun, penantian tanpa ilmu pengetahuan mengenai keperluan anak adalah satu perkara yang sia-sia. Adakalanya ibu bapa cepat bosan melayan kerenah anak dan menggunakan kuasa yang salah untuk menamatkan kegembiraan dunia anak-anak mereka yang masih kecil. Setiap kali pulang dari kerja ramai ibu bapa telah penat dan mula mengelak menjalankan tanggungjawap sebagai ibu bapa dirumah. Anak di berikan gadget sebagai pengganti ibu bapa walhal mereka memerlukan ibu bapa lebih dari gadjet.

Yang lebih menyedihkan anak-anak tidak diberikan peluang untuk memilih atau menentukan apa-apa keputusan dalam hidup mereka. Segala-galanya sudah diatur dan adakalanya tidak mengikut kehendak dan keperluan sebenar anak.

Sekiranya kita mahu menjadi ibu bapa yang terbaik, cuba perhatikan 13 permintaan anak-anak ini yang mungkin mereka ingin kongsikan dengan anak namun tidak diberikan peluang:

1. Cintailah aku sepenuh hatimu.

2. Jangan marahi aku di khalayak orang ramai.

3. Jangan bandingkan aku dengan kakak, abang, adikku atau orang lain.

4. Ayah dan bonda jangan lupa, aku adalah fotocopimu.

5. Kian hari umurku kian bertambah, maka jangan selalu anggap aku anak kecil.

6. Biarkan aku mencuba, lalu beritahu aku apabila salah.

7. Jangan ungkit-ungkit kesalahanku.

8. Aku ialah Ladang Pahala bagimu. Cukupkn aku dgn ilmu mengenal redha Allah Rabbku, Islam agamaku, Nabi Muhammad SAW Nabiku dan Rasulku.

9. Jangan memarahiku dengan mengatakan hal-hal buruk, bukankah apa yang keluar daripada mulutmu sebagai orang tua ialah doa bagiku?

10. Jangan melarangku hanya dengan mengatakan “JANGAN” tetapi berilah penjelasan kenapa aku tidak boleh melakukan sesuatu.

11. Tolong ayah ibu, jangan rosakkan mentalku dan pemikiranku dengan selalu kau bentak-bentak aku setiap hari.

12. Jangan mengheret aku ke dalam masalahmu yang tidak ada kaitannya denganku. Kau marah sama yang lain, aku imbasnya.

13. Aku ingin kau sayangi dan cintai kerana engkaulah yang ada dalam kehidupanku dan masa depanku.

” SEMOGA BERMANFAAT, BAGI PARA ORANG TUA DAN BAKAL IBU BAPA ”

Comments

comments

Reply